Insan & Komuniti 16 Sep, 2021

Video| Dari jadi menteri, Sayed kini budak delivery! Bahagia, bebas rasa bersalah ambil rasuah!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


DI MANA ada kemahuan, di situlah adanya rezeki. Bagaikan putaran roda, dunia pada era pandemik boleh mengubah seseorang yang dulunya berkerjaya hebat atau seorang menteri Kabinet yang menguruskan sebuah negara. Tetapi hari ini membuatkan apa saja kerja asalkan mendapat duit halal.

Syed Ahmed Shah Sadat @ Sayed Sadaat, 50, dulunya adalah seorang menteri yang terbabit dalam bidang komunikasi di negaranya, Aghanistan. Tetapi hari ini, Sayed `menjawat`tugas sebagai seorang penghantar makanan di Kota Leipzig, Jerman.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penghantar makanan


Beliau yang berpindah ke negara itu pada Disember 2020 lalu selepas Aghanistan dilaporkan mengalami pergolakan sehingga negara itu kembali kepada pemerintah Taliban. 

Sayed mengambil kesempatan berpindah ke Jerman dan memulakan kerja hidup dengan harapan untuk membina masa depan lebih baik.

Ketika ditemu bual oleh agensi berita Reuters, Sayed berkata beberapa orang mengkritiknya kerana mengambil pekerjaan itu meski pun dia pernah menjadi menteri selama dua tahun sejak 2016.

Tapi baginya sekarang, pekerjaan adalah pekerjaan. Dia bekerja dengan Lieferando, sebuah syarikat penghantaran makanan Jerman. Sayed dikatakan bekerja di situ kerana wangnya sudah habis dibelanjakan.



"Saya tidak merasa ada yang salah," ujarnya yang menjadi menteri selama dua tahun di bawah pemerintahan pimpinan Ashraf Ghani sehingga 2018.

"Saya berharap langkah ini memberi inspirasi kepada ahli politik yang lain untuk 'keluar' bekerja. Bertemu orang ramai. Jangan bimbang dengan rasa malu atau reputasi kerana pekerjaan ini adalah usaha mencari rezeki yang halal, lebih baik daripada kita hidup bersembunyi," katanya.

"Saya bangga dengan pekerjaan ini kerana jiwa saya bahagia dan terlepas dari rasa bersalah akibat korupsi (rasuah)," katanya ketika temu bual disiarkan oleh Tribun.news Indonesia.

Sementara itu sumber Wikipedia, Sayed adalah alumni lulusan Oxford, bekas ahli politik Afghanistan yang menjadi Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Bertugas dari 2016 hingga 2018

Dia berpindah ke Jerman pada Disember 2020 dan kini bekerja sebagai penghantar makanan di Leipig.


Jauh merantau mencari rezeki. - Kredit gambar: France24.


Memiliki ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bagaimanapun sejak Ogos 2021 lalu dia sukar mencari pekerjaan yang sesuai dalam bidang kemahirannya kerana dia masih belum mahir berbahasa Jerman. Sayed adalah warganegara Britain.

Kisah dan kerja baharu itu menarik perhatian agensi media kerana sebaik saja Afghanistan jatuh ke tangan Taliban, ramai ahli keluarganya dan rakyat negara itu melarikan diri mencari suaka politik.

Mantan menteri itu mengungkapkan dia berdepan dengan pelbagai kritikan daripada orang-orang di Afghanistan kerana daripada seorang menteri dia menerima pekerjaan sebagai 'budak delivery'. 

Sayed mengatakan ia meninggalkan jabatannya sebagai menteri komunikasi pada 2018 kerana perbedaan pendapat dengan ahli politik. Dia dia sangat mensyukuri dengan pekerjaannya sekarang. 


Sayed Sadaat
Sayed Sadaat (Screenshot Twitter)

Gambar Sayed yang berpakaian oren dengan beg hantaran di belakangnya dikongsi seorang wartawan Jerman, Josa Mania-Schlegel dalam Twitternya yang kemudian terus menjadi viral.

Selepas tentera Amerika Syarikat meninggalkan Afghanistan dianggarkan bilangan pencari suaka politik di Jerman meningkat lebih daripada 130 peratus, demikian menurut data daripada jabatan penghijrahan. - KitaReporters


16
10
0
7
0
You will be interested