Kisah Insan 09 Jul, 2020

Jasa dikenang! KRT Balakong hargai barisan hadapan Covid-19!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

MASIH ada ruang dan belum terlambat untuk kita menzahirkan ucapan terima kasih kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus berkhidmat untuk rakyat Malaysia dalam menangani wabak Covid-19 sehingga negara mendapat pengiktirafan dunia. Pengorbanan, kecekalan, kesungguhan, jasa dan keringat mereka sama ada dari sektor awam, swasta dan sukarelawan yang bertugas tanpa sempadan wajar dihormati serta dihargai semua lapisan rakyat. : KitaReporters


Rentetan itu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lekang merakamkan penghargaan kerajaan kepada petugas barisan hadapan atau frontliners atas kerja keras dan kecemerlangan mereka sehingga wabak Covid-19 mampu ditangani dengan baik.


Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Balakong di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Hulu Langat, Selangor mengunjungi enam agensi yang terbabit secara langsung sebagai barisan hadapan bagi menyampaikan sijil penghargaan dan sumbangan cenderamata, baru-baru ini.

Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Balakong mengunjungi enam agensi yang terbabit dalam barisan hadapan bergambar bersama-sama Pengerusi KRT Suadamai BTHO, Datuk Dr Abd Rahim Mohamad (tiga dari kanan). 


Antara agensi dalam daerah Hulu Langat itu ialah Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) dan Sungai Chua, Balai Polis Batu 9, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Balai Bomba BTHO.

Sumbangan itu adalah inisiatif daripada 16 komuniti KRT dalam Zon Balakong dan KRT Suadamai BTHO bertindak sebagai tuan rumah bagi menyediakan pelbagai barangan cenderamata untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan terbabit.

Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Balakong bersama-sama Ketua Klinik Kesihatan BTHO, Dr Maryem Sukhandan (depan tiga dari kanan). 


Ketua Klinik Kesihatan BTHO, Dr Maryem Sukhandan melahirkan rasa terharu dengan kunjungan jawatankuasa berkenaan ke klinik itu sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan yang gigih melaksanakan tugas membanteras wabak Covid-19.

 “Saya dan kakitangan klinik ini tidak menjangkakan akan dihargai sebegini rupa kerana kami hanya melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan kerajaan bagi membantu rakyat dan berasakan amat bangga sekali,” katanya.

Dr Maryem Sukhandan 


Ketua Balai Bomba BTHO, Zafiruddin Mohd Nasir turut terkejut dengan kunjungan jawatakankuasa bagi menyampaikan sijil dan sumbangan cenderamata kepada anggota yang bertugas dalam barisan hadapan.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa terbabit kerana menghargai anggota bomba yang bertugas dalam barisan hadapan dan kami sentiasa bersedia berkhidmat untuk masyarakat,” katanya.

Ahmad Rizal (depan kiri) bersama-sama anggota Balai Bomba BTHO dan jawatankuasa terbabit. 


Pegawai Pejabat Perpaduan Daerah Hulu Langat, Ahmad Rizal Abd Razak, berkata sumbangan itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan jasa dan amanah yang dipikul barisan hadapan dalam membantu negara membanteras wabak Covid-19.

“Kami terharu dengan sikap berani dan bertanggungjawab mereka yang sanggup meninggalkan keluarga untuk berada dalam barisan hadapan sekali pun sedar risiko bakal dihadapi mereka demi menyelamatkan rakyat,” katanya. - KitaReporters

Anggota Balai Polis Batu 9, Cheras, Selangor turut mendapatkan penghargaan daripada jawatankuasa terbabit. 


Jawatankuasa Permuafakatan KRT Zon Balakong turut menyampaikan sumbangan penghargaan kepada pasukan JPAM.

10
2
0
0
0
You will be interested

Video| Nekad jalan kaki ke Mekah! Ambil masa hampir 11 bulan, sejauh 6,500km, melalui 11 negara!

Dengan ambil masa hampir 11 bulan, Adam Muhammad dari England akhirnya tiba di Mekah, Arab Saudi pada 28 Jun 2022 lalu dengan berjalan kaki merentasi 11 negara

Zuhayati Yazid in Kisah Insan 3 days ago

Piala Futsal Malaysia 2022: Pulau Pinang kejutkan pasukan pilihan, Pahang! 3-2! Separuh akhir 1

Pulau Pinang lakukan kejutan dalam perlawanan separuh akhir pertama apabila tundukkan pasukan pilihan, Pahang Rangers FC 3-2 dalam Piala Futsal Malaysia 2022
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 1 day ago

Video| Selamat hari lahir Lilibet Diana! Cicit Ratu Elizabeth membesar di 'istana' Amerika Syarikat!

8 Jun 2022 lalu genaplah usia setahun Lilibet Diana Mountbatten-Windsor! Membesar di luar lingkungan istana dan bebas daripada terikat dengan protokol diraja
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 1 day ago

Jangan putar belit berita tak benar! Ifedayo milik Melaka United bukan JDT! Turun main lawan JDT!

Desas-desus berkenaan Ifedayo Olusegun terjawab apabila pemain ini sememangnya milik Melaka United dari awal lagi dan bukan pemain berstatus pinjaman dari JDT
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 2 days ago