Kisah Insan 16 Jul, 2020

PKPP: NGO gembira dapat kembali berbakti! Bantu rumah amal!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

KEBENARAN penganjuran aktiviti sosial dalam temnpoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 1 Julai 2020 lalu mengembirakan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana membolehkan mereka terbabit dalam kerja kebajikan dan amal untuk masyarakat. Selama hampir tiga bulan aktiviti sukarela ini tidak dapat dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19. : KitaReporters


Sukarelawan membersih rumah (gambar di atas) dan memotong dahan pokok (gambar di bawah) yang menyemakkan pusat jagaan itu. 


Sehubungan dengan itu, empat NGO di Selangor, iaitu Sukarelawan Hospital Kajang, Taman Saujana Impian, Kasih dan Khalifah Nabawi Sdn Bhd bergabung menjalankan aktiviti gotong-royong di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Semenyih, Selangor, baru-baru ini. 

Seramai kira-kira 50 sukarelawan termasuk dari pusat jagaan berkenaan melakukan kerja-kerja membersih persekitaran kawasan pusat jagaan itu, bilik penghuni, stor menyimpan barang, peralatan kemudahan  asas, saluran pengaliran air dan menghimpun barangan lama untuk dibuang.

Kassim Majuni 


Sukarelawan dari Hospital Kajang, Selangor, Kassim Majuni, berkata aktiviti itu merupakan kerja kebajikan dan amal yang pertama disertai pasukannya selepas kelonggaran diberikan kerajaan dalam PKPP.  

“Pasukan saya memang aktif dalam melakukan kerja-kerja sukarela ini, bagaimana pun pada masa PKP dulu, kami terpaksa menghentikan semua kegiatan berkenaan sebagai mematuhi arahan kerajaan dalam usaha menyekat penularan wabak Covid-19.

“Cuma beberapa ahli lelaki dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) mengunjungi wad bersalin apabila diminta untuk mengazankan bayi yang baru dilahirkan, manakala ahli wanita melawat wad pesakit wanita bagi memberi motivasi,” katanya.

Sofa yang rosak sedang diangkat sukarelawan untuk dibuang di tempat pembuangan sampah.


Sukarelawan daripada Taman Saujana Impian, Kajang, Mohd Nawi Awang, berkata pada masa PKP, sukarelawan dari taman itu hanya datang menghulur bantuan keperluan harian kepada pusat jagaan warga emas dan penduduk kampung yang menghadapi kesempitan hidup.

“Apabila Pusat Jagaan Mahmudah menguar-uarkan akan mengadakan aktiviti gotong-royong kami segera membuat keputusan untuk menyertainya sebagai kerja amal yang pertama dalam PKPP bagi meringankan bebanan pengurusan pusat ini,” katanya.

Mohd Nawi Awang mewakili Sukarelawan Taman Saujana Impian menerima sijil penghargaan daripada Penasihat Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Mohiadin Bahado (kanan). 


Sukarelawan Kasih, Anas Leman pula melahirkan rasa bersyukur kerana dapat berbakti membantu warga emas di pusat berkenaan dengan menyertai gotong-royong itu selepas banyak aktiviti yang dirancangkan sebelum ini terpaksa ditangguh kerana PKP.

“Kami ahli Kasih sedia menghulurkan bantuan dan berkhidmat kepada organisasi  yang memerlukan tenaga sukarela sama ada untuk melakukan tugas di rumah anak yatim atau pusat jagaan orang-orang tua,” katanya.

Anas Leman 


Bagi Kamarul Anuar Md Karim yang mewakili sukarelawan Khalifah Nabawi Sdn Bhd, berkata aktiviti gotong-royong seperti itu akan memberi kesedaran kepada staf syarikat berkenaan untuk menghormati mereka yang malang.

“Ini juga dapat mendidik mereka untuk menjadi seorang anak yang bertanggungjawab bagi menjaga ibu bapa dan tidak sekali-kali menghantar mereka ke pusat jagaan kerana keuzuran atau sebagainya,” katanya.

Kamarul Anuar Md Karim


Bagi organisasi atau NGO  yang ingin mengadakan khidmat bakti dan kerja amal di pusat itu boleh menghubungi Penasihat pusat berkenaan, Azman Rasman menerusi nombor phone, 019-977 7419, Ruslan Saidin (019- 212 3757 dan Sazali Mohiden (019-368 8142). 

Sementara sumbangan derma boleh disalurkan ke Akaun CIMB Islamic -  8603160021 (Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia). - KitaReporters

Wakil sukarelawan bersama-sama sijil penghargaan yang disumbangkan oleh Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia. 


Sebahagian daripada sukarelawan yang terbabit dengan gotong-royong di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia di Semenyih, Selangor. 

18
2
0
0
1
You will be interested

Dikebumikan sejak 17 tahun lalu! Mayat guru ngaji al-Quran masih sempurna, wangi seperti diawet!

Meskipun telah dikebumikan sejak 2004 namun mayat guru mengaji al-Quran Allahyarham Ustaz Muhya Rudia ditemukan di dalam kubur masih sempurna serta berbau wangi

Adnan Mohamad in Kisah Insan 6 days ago

Aneh tapi benar! Pernah bertanding sebagai wanita! Kini Aprilia bertunang dengan teman wanita!

Aprilio Perkasa Manganang bekas pemain bola tampar Indonesia yang bertanding sebagai wanita tetapi kemudian bertekad untuk jadi lelaki interseks selepas bersara
Zul Akmar Jamaludin in Kisah Insan 1 day ago

Video| Ular sawa berjaya ditangkap! Hasil laporan live Haziq Asyraf! Dah macam wartawan kau dik!

Muhammad Haziq Mohd Asyraf buat laporan live berkenaan seekor ular sawa dijumpainya di salah satu kawasan market di Bukit Selambau jadi tular dalam media sosial
Nur Syamila Kamarul Arefin in Kisah Insan 1 day ago

Video| Keluarga Malaysia: JPJ, polis santuni penghidap kanser cilik! Hadiah hari lahir terindah!

Anggota JPJ serta Polis Setiu bersama santuni Ahmad Shafir Fathurrahman Mohd Sobri, pengidap penyakit kanser saraf dan leukimia tahap 4, sempena hari lahirnya
Noor Hayati Mamat in Kisah Insan 3 days ago

Video| Allah sayang kita! Rezeki tak terduga! Ebit Lew hadiahkan rumah buat rider galas anak OKU!

Azimah Abdul Rahim, seorang ibu jadi penghantar makanan sambil galas anaknya yang cacat penglihatan (OKU buta) demi cari rezeki terima bantuan Ustaz Ebit Lew
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 3 days ago