Kisah Insan 25 Jul, 2020

Kasih Neelofa korbankan 191 lembu! 151 daripada Dr Azizan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PROGRAM korban, Ibadah Qurban Kasih Neelofa (QKN) yang ditutup pada Jumaat, 2 Julai 2020 menerima sumbangan untuk 191 lembu dengan 151 daripadanya dari syarikat motivasi Richworks International yang diasaskan oleh Dr Azizan Osman, seorang motivator terkenal. Program ini dikendalikan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa. : KitaReporters

Neelofa dan Dr Azizan (tengah) pada majlis serahan cek dan ibadat korban di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor. - Kredit foto: IG richworks official


Dalam postingannya dalam Instagram @kasih neelofa, Noor Neelofa Mohd Noor, 31, mengucap syukur atas sumbangan orang ramai terhadap projek pertama ibadat korban yayasan amalnya.

Sementara itu, majlis penyerahan cek dan pelaksanaan ibadat korban antara RichWorks dan Pertubuhan Kasih Neelofa berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor pada Jumaat, 24 Julai 2020 lalu.

Acara itu disiar secara langsung dalam Facebook Dr Azizan iaitu tokoh motivasi yang menganjurkan kursus untuk menjadi jutawan.

Neelofa berucap dalam majlis itu


Sementara itu, Richwork dalam postingan dalam Instagramnya, Richworks Official menyatakan sumbangan ibadat korban yang diberikan dapat dimanfaatkan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan membantu lagi lebih ramai orang yang memerlukan.

Richworks menyerahkan cek berjumlah RM795, 750 untuk 151 ekor lembu korban.

Daging korban akan diserah kepada penerima yang layak di seluruh negara melalui jawatankuasa yang ditubuh.

Kredit video: IG @kasih neelofa

1
1
0
0
1
You will be interested

Dulu sungai jernih kini berlumpur! Rumah rosak teruk minta dibakar! Hati sedih! Rancang nak saman!

Kpg Iboi di Baling yang dulunya, sangat indah pemandangannya kaya dengan pepohon hijau, kini seperti padang jarak diliputi pasir, sisa balak, batu bukit, lumpur

Video| Warga emas sengaja mencuri! Kerana mahu dihumban ke penjara! Dapat makan, tempat berteduh!

Pichit, lelaki warga emas di Thailand sengaja lakukan jenayah semata-mata mahu dirinya dihumban ke penjara bagi pastikan dirinya dapat makan dan tempat berteduh
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 3 hours ago

Video| Daulat Tuanku! Rakyat Kelantan sudah ada Sultanah! Tapi wajah sebenar cetus kekeliruan!

Sultan Muhammad V lantik Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan dan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra jadi Che Puan Mahkota Kelantan
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 1 day ago

Video| Iron Man di Gunung Kinabalu! Tawan puncak pakai kostum! Tingkat kesedaran penyakit ganjil!

Yohan Charles Jayasuriya kenakan sut adiwira Iron Man ketika menakluk Gunung Kinabalu bagi tingkatkan kesedaran bagi penyakit Duchenne Muscular Dystrophy (DMD)
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 3 days ago

Rakan artis, peminat doakan terbaik untuk Mizz Nina! Berikan kata-kata semangat lalui saat getir!

Melihat situasi getir dilalui Mizz Nina, rakan-rakan artis serta peminat setia tampil beri kata-kata semangat untuk beliau. Ramai doakan yang terbaik untuknya
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 3 days ago