Insan 20 Jul, 2020

Tahu tak? Pesara GLC kini dikategorikan sebagai orang miskin

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

SUNGGUH sedih malah mungkin ramai yang tidak percaya bahawa nasib pesara syarikat GLC kini dalam status kategori miskin kerana elaun bulanan mereka agak rendah berbanding pencen yang diterima oleh kakitangan kerajaan lain. Pesara terbabit dari Telekom Malaysia Berhad (TM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) serta beberapa jabatan dan agensi kerajaan lain yang diswastakan kini dikategorikan berada dalam keadaan miskin. : KitaReporters 

Pos Malaysia antara jabatan kerajaan yang diswastakan. - Gambar hiasan


Kenapa tidak?? Kerana pencen bulanan mereka sekadar antara RM180 hingga RM500 menyebabkan golongan terbabit kini berada di bawah paras kemiskinan. 

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berharap kerajaan tidak lupa kepada pesara-pesara kerajaan semasa era penswastaan yang menerima pencen yang rendah. 

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal 


Katanya, pencen yang diterima pesara terbabit tidak melepasi RM500 sebulan, malah yang terendah ialah RM180 sebulan.

Beliau berkata, rata-rata mereka telah bersara pada tahun 80-an dan 90-an ketika era pengswastaan yang membabitkan jabatan utama kerajaan.

“Mereka yang terbabit diklasifikasikan sebagai bekas pekerja kerajaan yang menerima pencen di bawah paras kemiskinan dan kehidupan mereka sangat tertekan  serta sukar untuk menyara diri sendiri dan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Pekerja Telekom Malaysia (TM). - Gambar hiasan


Sebelum ini, katanya UNI MLC telah beberapa kali mengemukakan memorandum kepada kerajaan untuk mengkaji semula kadar bayaran pencen yang diterimanya sangat rendah itu.

“Mana cukup dengan kos sara hidup yang terlampau tinggi sekarang ini,” katanya

Dahulu pekerja TNB sebuah jabatan kerajaan dikenali Lembaga Letrik Negara (LLN)  kini menjadi syarikat swasta. - Gambar hiasan


Beliau berkata pekerja terbabit sebelum ini telahpun menyumbang perkhidmatan terbaik kepada negara dan masyarakat di Malaysia, serta menyokong dasar keraajaan melalui konsep pengswastaan sejajar dengan rancangan kerajaan ketika itu.

Kenyataan Media UNI MLC


“Kini sudah tiba masanya kerajaan hendaklah secara telus mengambil kira bahawa pesara kerajaan  yang menerima pencen rendah dikaji semula berdasarkan kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, pekerja terbabit juga mengambil risiko ketika itu kerana menyertai syarikat swasta dari perkhidmatan kerajaan, maka bayaran pencen yang diterima sekarang rendah kerana gaji mereka ketika itu rendah dan perkhidmatan dengan kerajaan juga kurang 25 tahun.

“Justru Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC) yang mewakili kesatuan-kesatuan dari syarikat-syarikat GLC berharap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kira rayuan ini demi kesejahteraan pesara yang nasib mereka selama ini terbiar,” kata kenyataan itu lagi. - KitaReporters

You will be interested

Impak Covid-19! Robot Cira-03 di Mesir! Trak mayat di Amerika

Mesir bakal keluarkan robot, Cira-03 yang mampu kesan wabak Covid-19 pada tubuh manusia, manakala di AS, trak dengan kontena berpendingin gantikan rumah mayat

Fauzan Uda Ahmad in Insan 3 days ago

Video| Bermotor 12 jam dari Skudai ke Sintok! Sebab Internet

Pelajar UUM Arvintran Ravindaran bermotosikal 12 jam dari Skudai ke Sintok untuk pulang ke kampus kerana alami gangguan internet ketika ikuti kuliah tahun akhir
Samsudin Oli Mohamed in Insan 2 days ago

Jurutera wanita tak jadi bunuh diri! Sebab ternampak buaya?

Seorang jurutera wanita yang alami masalah tekanan nekad untuk bunuh diri di Jambatan Mohd Sidin, Klang. Namun berenang ke tepian selepas ternampak seekor buaya
Adnan Mohamad in Insan 2 days ago

Tahniah Pemuda Kampung Tok Has! Projek bina rumah untuk OKU!

Berkat kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Kampung Tok Has, Jertih, sebuah rumah untuk seorang pemuda OKU, Ismail Ibrahim berjaya disiapkan secara bergotong royong
Mohammad Ishak in Insan 2 days ago

Pedofil disebat 146 kali di Aceh! Pengsan selepas sebatan 52

Seorang pedofil (paedophile) berusia 21 tahun dihukum sebat di depan khalayak oleh mahkamah syariah. Hukuman dilakukan di pekarangan sebuah masjid di Aceh Timur
Fauzan Uda Ahmad in Insan 3 days ago