Insan & Komuniti 24 Dec, 2021

Keluarga Malaysia: Misi Bantuan Pakaian Sukan mangsa banjir! Yakeb turut serta! Terpakai, baharu!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this



Misi Bantuan Pakaian Sukan Untuk Mangsa Banjir yang dilancarkan bagi membantu mangsa banjir mendapat sambutan pelbagai pihak yang menawarkan diri untuk turut serta dalam program ini.

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) turut terpanggil untuk menggerakkan ahli-ahlinya memberikan sumbangan pakaian sukan terpakai bagi disumbangkan kepada mangsa banjir.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan misi bantuan


Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, yayasan itu turut bersimpati dengan musibah yang melanda mangsa banjir di beberapa negeri di Malaysia, malah ada ahli mereka juga yang terlibat dalam malapateka alam itu.

``Ini adalah sebagai sumbangan dan tanda prihatin kami. Bekas atlet negara juga amat terhutang budi kepada mangsa banjir yang sudah tentu mereka juga adalah peminat sukan,’’ katanya.

Misi yang dicetuskan oleh kumpulan pengamal media sukan tanah air ini akan mengumpul pakaian sukan terpakai dan baharu daripada orang ramai dan penggiat sukan termasuk bekas atlet, pegawai dan pasukan sukan seluruh negara.

Sementara itu, sekumpulan pemilik kenderaan pacuan empat roda dalam acara antarabangsa Rain Forest Challenge (RFC) juga bersedia untuk menawarkan khidmat bagi kerja-kerja mengagihkan sumbangan kepada mangsa.



Pengarah Operasi Rain Forest Challenge, Luis Wee berkata, RFC akan menggerakkan ahli-ahlinya di seluruh negara bagi membantu misi bantuan ini dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda masing-masing.

``Semoga dengan sumbangan ini, mangsa banjir akan kembali dapat meneruskan aktiviti riadah dan bersukan selepas keadaan banjir pulih,’’ katanya sambal menyambut baik langkah ini kerana ia suatu langkah terbaik memandangkan ramai mangsa memerlukan pakaian sukan.

Sementara itu, Pengerusi Misi Bantuan Pakaian Sukan Untuk Mangsa Banjir ini, Dato’ Jasni Shafie pula menyifatkan sambutan amat menggalakkan selepas hari pertama diumumkan pada 22 Disember 2021 adalah petanda bahawa masyarakat sukan sangat prihatin terhadap mangsa yang ditimpa musibah ini.



``Kami mengalu-alukan sumbangan daripada seluruh peminat sukan rakyat Malaysia untuk memberikan barangan sukan dalam program ini. Sumbangan sudah boleh dihantar ke pusat pengumpulan di Stadium Juara Bukit Kiara,’’ katanya.

Bantuan ini akan disampaikan selepas keadaan banjir reda dan sebagai persediaan awal pasca banjir. 

Misi yang digerakkan oleh kumpulan Pengamal Media Sukan Malaysia ini dilancarkan untuk mengumpulkan kesemua pakaian dan kelengkapan sukan yang mungkin amat diperlukan oleh mereka selepas keadaan kembali normal.



Untuk memudahkan penghantaran sumbangan, misi ini telah menetapkan tempat pengumpulan di ruang parkir Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 

Orang ramai boleh menghantar sumbangan mereka ke tempat berkenaan atau melalui pos/kurier ke: Misi Bantuan Banjir, Akademi Badminton Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kompleks Sukan Bukit Kiara, 52100 Kuala Lumpur. Untuk pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi atau WhatsApp ke talian 013-4408000.

Sumbangan ini akan disalurkan kepada mangsa banjir di seluruh negara dan akan digerakkan oleh pengamal media sukan di negeri-negeri yang terlibat banjir dengan bantuan beberapa NGO. - KitaReporters


13
13
0
10
0
You will be interested