Insan & Komuniti 13 Apr, 2021

Video| Kenali Joki Aliboy Bundle, si penjual celik lagi lincah! Aksi menarik jual pakaian bundle

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Joki Aliboy Bundle mencari pakaian bundle jenama popular untuk dipromosi secara dalam talian dalam usahanya mendapatkan pelanggan. - Kredit foto: Video FB Sharifah Amalina Bani.



SEKALIPUN pakaian bundle merupakan pakaian terpakai namun ia mempunyai pengemarnya tersendiri ditambah pula jika berjenama popular dari luar negara. Di negara kita pakaian tersebut mudah diperolehi dan harga ditawarkan murah lagi bersesuaian.

Malahan ia juga merupakan antara trend masyarakat terutama anak-anak muda sejak sekian lama. Kebelakangan ini dilihat ramai mengenakan pakaian tersebut oleh berbagai golongan terutama ketika keadaan ekonomi tidak menentu.

Juga banyak premis menjual pakaian berkenaan yang didatangkan dari Jepun, Korea, Amerika Syarikat atau Eropah oleh peniaga bumiputra tidak kira di luar bandar mahupun di bandar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pakaian bundle


Sambil mempromosi pakaian bundle jenama popular, Joki Aliboy dengan petah melayani mereka yang bertanyakan mengenai pakaian tersebut melalui siaran terus dalam laman sosial Facebook.


Dalam persaingan mendapatkan pelanggan dan melariskan jualan berbagai cara dilakukan oleh peniaga bundle termasuk secara dalam talian tidak kira melalui laman sosial Facebook, TikTok, Instagram, Twitter, Telegram dan sebagainya.

Salah satu premis menjual pakaian bundle di Kampung Keramat, Beluran, Sabah dalam usaha menarik perhatian ramai pelanggan datang membeli di kedainya mengetengahkan watak lincah  yang bersahaja lagi kreatif seorang kanak-kanak lingkungan 8 tahun sebagai pengerak utama mempromosikan jualan sama ada melalui siaran terus secara online atau jualan normal  yang biasa.

Melalui laman sosial FB Sharifah Amalina Bani dipaparkan video-video menunjukkan kelincahan dan kepetahan kanak-kanak dikenali sebagai Joki Aliboy Bundle yang begitu bersahaja mempromosi barangan jualan pakaian import yang berjenama popular di kedai bundle secara siaran langsung melalui Facebook, pada Ahad 11 April 2021.

Dengan gaya serta gelagat tersendiri semasa mempromosi jualan pakaian terpakai sama ada baju kemeja, baju-T, kurta, jaket, seluar termasuk kasut pelbagai jenama, kanak-kanak berkenaan menyantuni setiap mereka yang bertanyakan mengenai pakaian bundle dengan penuh hormat dan santun.


Joki Aliboy mempamerkan kasut jenama Nike merupakan antara barangan bundle yang ada dijual dipremis berkenaan dan mendapat sambutan.



Semasa memberikan layanan tersebut dia juga berharap jangan ada yang cuba melakukan suatu kurang baik dengan mempermainkannya tanpa membayar pakaian yang ditempah melalui siaran langsung tersebut.

Kanak-kanak ini mempamerkan produk pakaian-pakaian pilihan sambil menyatakan harganya sekali dengan berlatarbelakang seorang wanita dan beberapa orang kanak-kanak semasa dia bersiaran secara langsung di premis tersebut.

Inisitif kanak-kanak ini menjual produk pakaian bundle mungkin milik keluarganya wajar diberikan sokongan dan galakan. Dalam usia sebegini sudah gigih berniaga sekalipun mungkin hanya membantu keluarga suatu yang positif kerana ia mampu memberi ilmu dan pengalaman bila sudah besar nanti.

Bagi kebanyakan kanak-kanak seusianya lebih suka bermain dengan rakan-rakan dan menghabiskan masa tanpa arah tujuan yang tidak berfaedah.


Antara aksi Joki Aliboy bersama rakan sebaya semasa melayan setiap pemanggil semasa bersiaran terus di laman sosial FB .


Tahniah adik Joki Aliboy teruskan usaha murni muitu, semoga menjadi teladan dan ikutan rakan-rakan sebaya terutama dalam situasi ekonomi sekarang.

Jadikanlah aktiviti yang dilakukan sekarang sebagai kegiatan utama masa lapang bila tidak bersekolah kerana selain mampu menggembirakan orang lain ketika melakukan promosi di premis berkenaan, ia juga membantu keluarga mencari sumber pendapatan.

Pada video tersebut juga, kanak-kanak ini turut menyanyi dan menari dengan lincah semasa melayani pelanggan dalam talian semasa bersiaran langsung dalam Facebook. - KitaReporters



Kanak-kanak berusia lapan tahun yang menjadi perhatian ramai bila bersiaran secara langsung dalam laman sosial FB dalam usahannya mempromosikan pakaian bundle di sebuah premis perniagaan di Kampung Keramat, Beluran, Sabah.


 

Joki Aliboy merupakan aset sebuah premis perniagaan bundle di Kampung Keramat, Beluran, Sabah kerana kelincahan dan kepetahannya melayani pelanggan serta mereka yang mengikutinya ketika bersiaran langsung dalam laman sosial FB. Tiga foto tangkap layar di atas menunjukan telatah semasa dia bersiaran terus berkenaan.

3
0
1
0
1
You will be interested