Pengawal keselamatan di satu kawasan di Thailand menggunakan sendiri alat pemeriksaan suhu badan untuk memeriksa suhu seseorang dengan mengarahkannya pada bahagian dahi mereka yang ada di dalam kenderaan. Cara beliau agak lucu dan mengelikan tetapi menghiburkan. Kredit foto: TikTok @porch_kt.
PELBAGAI Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dipatuhi setiap orang sejak kehidupan norma baharu berikutan pandemik COVID-19. Antaranya termasuklah mesti memakai pelitup muka, penjarakan sosial bila berada di tempat umum dan pemeriksaan suhu badan, dan isikan senarai maklumat kehadiran setiap kali masuk restoran, pusat beli belah serta tempat-tempat ramai orang.
Berikutan keadaan tersebut berbagai peristiwa lucu dan kurang menyenangkan berlaku bila mana proses pemeriksaan suhu badan terpaksa dilalui seseorang yang ingin ke tempat awam atau kawasan di mana pemeriksaan tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Thailand:
https://kitareporters.com/search?search=thailand
Keadaan ini terjadi mungkin antaranya disebabkan terpaksa menunggu lama dan berbaris panjang semata-mata disebabkan untuk proses tersebut lebih-lebih lagi dalam suasana panas terik menyengat. Lainlah jika di tempat menunggu tu dilengkapi penghawa dingin yang mampu menyegarkan badan.
Ini semua berpunca ketidakprihatinan pihak pengurusan terhadap keadaan orang ramai atau pengunjung ke tempat berkenaan untuk berurusan (tidak kira pusat perniagaan dan sebagainya). Sepatutnya jika cara sedia ada yang digunakan boleh menimbulkan orang ramai beratur panjang apa salahnya difikirkan dengan melakukan kaedah lebih sesuai tetapi berkesan.
Selain pihak pengurusan, individu yang bertanggungjawab menjaga bahagian pemeriksaan suhu badan juga boleh melakukan cara perubahan bagi membantu mempercepatkan orang ramai dapat melakukan pemeriksaan tanpa adanya barisan menunggu yang panjang.
Bagaimanapun apa yang dilakukan oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah tempat yang mengendalikan urusan pemeriksaan suhu badan melakukannya cara tersendiri bagi memboleh kanorang ramai yang melalui pos tersebut berlalu dengan cepat dan selesa.
Sekalipun cara beliau itu lucu dan mengelikan, tetapi berkesan selain menghiburkan mereka yang menjalani pemeriksaan suhu badan di situ. Tindakan yang dilakukannya patut diberikan pujian kerana ia berkesan dan hasilnya tidak ada berlaku kesesakan kenderaan berbaris panjang dan orang ramai tidak perlu menunggu lama untuk melakukan pemeriksaan.
Cerita ini berlaku di negara jiran,Thailand melalui sebuah video yang tular pada aplikasi TikTok milik akaun @porch_kt yang disifatkan lucu mengelikan hati tetapi menghiburkan.
Salah seorang pemandu kenderaan yang melalui tempat pemeriksaan tersebut diperiksa suhu badan. Juga penumpang kenderaan berkenaan bagi menjamin mereka mematuhi SOP.
Melalui video tular tersebut, seorang pengawal keselamatan yang ditugaskan di pusat pemeriksaan bertindak mengangkat alat pengesan suhu badan jenis berdiri ini yang tingginya kira-kira satu meter dan menghalakan bahagian meter pengesannya hampir pada dahi setiap orang yang ada dalam kenderaan dengan pantas seorang demi seorang untuk mendapatkan suhu sebenar badan seseorang.
Cara yang dilakukan pengawal keselamatan itu lebih cepat dan berkesan untuk mengelakan kesesakan dan deretan barisan kenderaan yang panjang. Sebelum ini cara pemeriksaan suhu badan di pos kawalan itu, setiap orang kena turun kenderaan dan melakukannya sendiri.
Cara yang dilakukannya sekalipun lucu dan boleh membuat orang yang melihatnya geli hati hingga ada yang ketawa, tetapi lebih positif dan menjimatkan masa untuk pengguna melalui pos berkenaan.
Penumpang kenderaan tetap diambil suhu badan mereka masing-masing.
Malahan melalui video @porch_kt ini pemandu dan penumpang kenderaan berkenaan dilihat ketawa bila melihat cara pengawal keselamatan itu yang terus mengangkat alat pemeriksaan suhu badan dan menyuakannya pada bahagian dahi semua yang ada di dalam kenderaan seorang demi seorang.
Selesai sahaja dia melakukan proses pengambilan suhu badan berkenaan terus mengangkat tangan dan mengungkap ucapan terima kasih serta selamat jalan. Dia meneruskan kerja memeriksa suhu badan bagi setiap individu pada kenderaan yang mengekori kereta telah diperiksa sebelumnya.
Cara bijak dan baik seperti ini dilakukan pengawal keselamatan berkenaan apa salahnya dijadikan contoh untuk kebaikan bersama lebih-lebih lagi ditempat yang sering menjadi tumpuan ramai. Selain dapat mengelak kesesakan yang boleh mengundang sikap tidak sabar, seseorang juga memudahan orang ramai berurusan di tempat-tempat yang perlu pemeriksaan suhu badan bagi mematuhi SOP ditetapkan kerajaaan. - KitaReporters
Dengan menggunakan alat pengesan suhu badan yang tingginya kira-kira satu meter pengawal keselamatan berkenaan memeriksa suhu setiap orang dan setelah selesai terus mengangkat tangan serta mengucapkan terima kasih.