Insan & Komuniti 20 Feb, 2022

Kemalangan menyayat hati! Ibu muda maut selepas terbersalin di tepi jalan! Bayi, pemuda juga maut!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

BAYI lelaki (bulatan merah) tercampak keluar dari kandungan ibunya selepas ibunya meninggal dunia akibat terbabit kemalangan jalan raya di Kampung Banggol Setor Repek, Pasir Mas, Kelantan pada 18 Februari 2022. - Kredit foto: Media sosial


SEORANG bayi tercampak keluar di tepi jalan selepas terbersalin daripada kandungan ibunya apabila ibu bayi yang sedang mengandung sembilan bulan itu terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga kematian di Kampung Banggol Setor Repek, Pasir Mas, Kelantan pada 18 Februari 2022.

Bagaimanapun, bayi lelaki itu yang masih bernyawa selepas kemalangan tersebut telah meninggal dunia pada kira-kira pukul 12 malam semasa dirawat di Hospital Pasir Mas.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kemalangan

NOR HALIZA ABDUL YAZAIB - kredit foto : Media Sosial


Dalam kejadian yang menyayatkan hati yang berlaku kira-kira pukul 7 petang hari Jumaat, 18 Februari 2022 itu, ibu bayi terbabit, Nor Haliza Abdul Yazaib, 25, turut terbunuh di lokasi kejadian, manakala seorang remaja lelaki, Muhamad Shakim Mohd Zaki, 18,  juga meninggal dunia pada pukul 10.45 malam ketika mendapat rawatan di hospital itu.

Sebelum kejadian tersebut, Nor Haliza dikatakan sedang menunggang motosikalnya bersama seorang lagi anaknya, Nurul Iman Maisara Mohd Khairi, 6, dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit di kampung itu. 


MOTOSIKAL mangsa yang terbabit dalam kemalangan pada 18 Februari 2022. - Kredit foto : Media Sosial


Namun apabila tiba di tempat kejadian, motosikal Nor Haliza dirempuh oleh sebuah motosikal yang ditunggang oleh Muhamad Shakim yang dipercayai hilang kawalan dan datang dari arah bertentangan.

‘’Akibat perlanggaran itu, wanita itu tercampak di tepi jalan dan bayi lelaki terbabit secara tidak langsung yang berada dalam kandungan perut ibu terkeluar dari rahim ibunya yang ‘bersalin’ secara mengejut sebelum mangsa meninggal dunia di tempat kemalangan itu,’’ kata sumber.


DALAM kenangan... Nor Haliza bersama anaknya, Nurul Iman Maisara Mohd Khairi sebelum terlibat dalam kemalangan semalam 18 Februari 2022. - kredit foto : Media Sosial


Orang ramai yang tiba di tempat kemalangan cuba menyelamatkan mangsa yang melahirkan bayi di tepi jalan selepas mangsa terbabit dalam kemalangan.

Namun kejadian yang berlaku begitu pantas menyebabkan wanita berkenaan meninggal dunia selepas ‘bersalin’.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata akibat kemalangan itu,kedua mangsa tercampak sebelum mereka meninggal dunia.

Manakala Nurul Iman Maisara yang mendapat cedera parah kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan.

Mohd  berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


REMAJA lelaki yang tercampak di tepi sawah padi turut terbunuh dalam kemalangan tersebut. - kredit foto : Media Sosial

14
13
5
13
1
You will be interested