Insan & Komuniti 18 Sep, 2020

Gara-gara pulang lewat ke rumah! 2 kanak-kanak dikahwinkan!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

GARA-GARA pulang lewat ke rumah, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dikahwinkan dengan remaja lelaki berusia 16 tahun. Kejadian yang berlaku di Lombok, Indonesia itu tular dalam media sosial dan menjadi bualan penduduk setempat. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Kanak-kanak perempuan tersebut, Nurherawati yang berasal dari Desa Bonjeruk, Kecamatan Jonggat, Lombok Tengah telah dikahwinkan dengan Suhaemi, seorang remaja dari Dusun Montong Praje Timur Desa Pengenjek pada 12 September 2020 yang lalu.


Selain usia yang masih muda dan di bangku sekolah, perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai kerana dikhabarkan Nurherawati tidak diterima oleh keluarganya setelah didapati keluar berhibur bersama remaja lelaki berkenaan. Dipendekkan cerita, keluarganya marah kerana anak perempuan mereka pulang lewat ke rumah.

Menurut Suhaemi, dia mengambil Nurherawati di tepi jalan depan Puskesmas Bonjeruk untuk pergi berhibur ke Wisata Abangan Desa Pringgarata. Namun, mereka pulang lewat iaitu hampir maghrib dan menyebabkan ayah Nurherawati marah dan tidak menerima kepulangan anaknya.


“Saya hantarkan dia pulang, tapi ayahnya tidak menerimanya,” ujarnya. Kemudian dia membawa Nurherawati yang baru empat hari dikenalinya ke rumah makciknya tetapi tetap ditolak.

“Ayahnya tetap menolak dan menghantarkan kepada saya, sehingga kami terpaksa berkahwin,” terangnya.

Sementara itu, Mahrun selaku bapa saudara Suhaeimi menjelaskan apa yang diceritakan oleh anak saudaranya itu adalah betul. Katanya dia sudah berunding dengan pihak keluarga perempuan untuk membatalkan perkahwinan kerana masih di bawah umur.


Malangnya, wali daripada pihak perempuan tetap menolak untuk membatalkan perkahwinan. Perkahwinan harus diteruskan kerana mereka percaya sia-sia dipisahkan kerana anak perempuannya tetap akan balik ke sana.

Tegas ayah Nurherawati, dia tidak akan menerima anaknya itu jika tidak dikahwinkan. Nak tak nak, akhirnya mereka tetapi dikahwinkan. - KitaReporters

6
5
5
27
6
You will be interested