PRODUCER dan pengarah filem Hantu Kak Limah, Mamat Khalid dilaporkan dikejarkan ke Hospital KPJ Ipoh di Ipoh, Perak dan kini ditempatkan dalam wad rawatan rapi (ICU) hospital tersebut hari ini (13/10/2019).
Mamat Khalid kini ditempatkan di wad rawatan rapi (ICU) Hospital KPJ Ipoh, Perak. - Foto dari laman Facebook Khairool Idlan.
Laporan itu dikongsikan oleh sahabat baik beliau yang juga penyanyi era 70-an, Khairiool Idlan dalam laman sosial Facebook miliknya pada pukul 4 petang tadi.
"Assalamualaikum WBT. Bro Mamat Khalid kini berada di dlm ICU KPJ IPoh. Mohon panjangkan doa kpdnya supaya kembali sembuh hendaknya. In Syaa Allah, Aamin Ya Rabbal alamin!," tulis Khairool.
Rata-rata mereka yang membaca posting itu mendoakan agar Mamat Khalid atau nama sebenar beliau, Mohamad Mohamad Khalid agar cepat sembuh.
Buat masa ini, masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan daripada keluarga Mamat.Untuk rekod, Mamat Khalid pernah dimasukkan ke ICU kerana masalah sesak nafas pada tahun 2017 dan pernah koma selama hampir lima minggu di sebuah hospital di Petaling Jaya susulan serangan jantung dan masalah paru-paru pada Februari lalu.
Kita doakan semoga pengarah berusia 56 tahun, berasal dari Ipoh, Perak ini cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya. Amin...
Tags: