Insan & Komuniti 30 Oct, 2020

Suami zalim! Kurung isteri di dalam tandas! Lebih setahun!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Di mana peri kemanusiaan seorang suami kerana sanggup mengurung isterinya di dalam tandas selama lebih satu tahun. Bukannya kurung sekejap tetapi lama sehingga boleh mendera mental pada orang yang normal. Apakah masalah yang membuatkan si suami langsung tidak berhati perut menghukum isteri dengan sezalim itu. : KitaReporters


Mangsa dikurung oleh suaminya di dalam bilik air selama setahun lebih sebelum dia diselamatkan oleh pihak berkuasa India. - Kredit foto: ANI


Lagi cerita-cerita dari India: 

https://kitareporters.com/search?search=india


Usahkan tandas, jika kita kurungkan anak-anak kita yang nakal ke dalam bilik setor dalam beberapa minit pun sudah menjerit terpekik lolong meminta belas kasihan ibu bapa agar dibebaskan.

Inikan pula orang dewasa yang siuman jika berkurung di dalam rumah seperti ketika perintah berkurung atau lockdown semasa pandemik Covid-19 pun sudah menampakkan reaksi memberontak. Apatah lagi disumbat di dalam bilik yang sempit seperti tandas. 

Apatah lagi kalau dikurung misalnya di dalam penjara lambat laun ada pula yang sudah separuh gila atau mental. 


Kredit foto: Crux



Inilah yang terjadi pada insan yang bergelar seorang isteri dan juga ibu kepada tiga orang anak yang berumur antara 11 tahun hingga 15 tahun pada 15 Oktober 2020 lalu.

Beginikah sikap seorang suami yang langsung tidak menghargai pengorbanan seorang isteri yang melahirkan zuriat-zuriatnya. Malah menyediakan pula hidangan makan minum suaminya tanpa berkeluh-kesah dalam mengurus rutin harian rumah tangga.

Wanita malang berusia 35 tahun di mana namanya dirahsiakan telah dikurung oleh suaminya Naresh Kumar di dalam tandas rumah mereka di sebuah perkampungan di Rishpur, Haryana daerah Panipat, India

Perbuatan kejam suami wanita itu terbongkar apabila jiran-jiran sekampung pergi mengadu dan memberitahu kepada Jabatan Kebajikan Hal Ehwal Wanita dan Kanak-kanak India daerah yang berdekatan perihal wanita itu. 

Hasil maklumat dan aduan tersebut, Rajni Gupta seorang pegawai perlindungan jabatan berkenaan telah turun padang menuju ke lokasi rumah wanita itu (dikurung) dan mendapati keadaan mangsa amat menyedihkan sebaik sahaja pintu bilik air dibuka dan kelihatan sesusuk tubuh kecil yang lemah sedang merangkak serta tidak mampu berdiri. 

Dia kemudiannya dipapah lalu dibawa keluar dari tandas rumahnya dengan bantuan beberapa orang dan segera diberi makan roti capati sebanyak lapan keping; mungkin sudah lama menahan lapar.

“Dia tidak bermaya dan sukar berjalan mungkin disebabkan tidak diberi makan dan minum dengan sempurna. 

"Dalam bilik sesempit itu,apa yang boleh dilakukan oleh si mangsa bagaikan dipenjara dikelilingi dinding batu dengan pengudaraan yang tidak cukup dan selesa. Lebih sedih lagi, keadaan lantai bilik air yang kurang bersih telah menyebabkan kesihatan wanita itu turut terjejas,” jelas Gupta kepada pihak media.



Dalam perkembangan lain, suami wanita itu telah disoal siasat oleh seorang pegawai kebajikan bertanyakan perkara sebenar punca isterinya dikurung di dalam tandas untuk tempoh yang panjang.

“Adakah isteri kamu sengaja dikurung atau ada sebab-sebab lain?” soal pegawai itu.

“Isteri saya mengalami penyakit mental dan kerana itu dia dikurung agar tidak menggangu orang ramai terutama ahli-ahli keluarga rumah ini," jelas Kumar.

Menurut Gupta lagi, apabila ditanya kembali kepada Kumar (suami wanita itu) mengenai kesihatan isterinya, adakah dia mempunyai rekod kesihatan berkaitan mental?

Kumar tidak dapat menjawabnya dengan baik, malah langsung tidak dapat menunjukkan sebarang bukti berkaitannya. 

Sebaliknya dia banyak berdolak-dalik daripada bercakap benar dan kurang meyakinkan ketika ditemu bual.

Namun, isterinya pula apabila diajukan beberapa soalan berkaitan keluarganya, dia masih mengenali ahli-ahli keluarganya dan boleh menjawab sebarang pertanyaan dengan jelas dan lancar. 

Dia juga mendakwa bahawa akibat perbuatan suaminya, dia telah dipaksa masuk ke dalam bilik air lalu dikurung.



Masalah isteri Kumar telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan dia kemudiannya telah ditahan di Balai Polis Sanoli, India untuk dilakukan siasatan.

Perkara itu telah disahkan oleh Surender Dahiya, Ketua Balai Polis tersebut dan dia akan disiasat di bawah seksyen 498A dan 342 Indian Penal Code (IPC) atau Kanun Keseksaan India.

Isu kes penderaan rumah tangga sering berlaku di mana-mana sahaja tanpa memikirkan kesan negatif dan buruk membekas di hati terutamanya anak-anak serta menjadi barah dalam sesebuah institusi keluarga. - KitaReporters


Sumber:

https://www.news18.com/news/india/man-keeps-wife-mother-of-three-locked-up-in-toilet-for-a-year-2968685.html

0
2
5
1
5
You will be interested