Insan & Komuniti 19 Oct, 2020

Tolong kami! Bantu bina Kompleks Anak Yatim YIDE termoden!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
HASRAT untuk melaksanakan pembinaan sebuah Kompleks Anak Yatim termoden di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor menelan kos lingkungan RM10 juta memerlukan sumbangan orang ramai termasuk golongan korporat, syarikat swasta, badan-badan berkaitan kerajaan, badan kebajikan dan orang perseorangan di negara ini khususnya yang ada di sekitar negeri itu. : KitaReporters


Info grafik hebahan untuk orang ramai menyumbang dana bagi projek pembinaan Kompleks Rumah Anak Yatim di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor. - Kredit Foto: Yayasan Islam Darul Ehsan.

Lagi cerita-cerita berkaitan anak yatim:

https://kitareporters.com/search?search=anak+yatim


Dalam konteks ini sesiapa sahaja individu atau kumpulan yang berminat menderma bagi membiayai projek pembinaannya boleh menyumbang terus ke Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) melalui akaun Bank Islam nombor 122340107330 atau secara dalam talian (online) di laman portal YIDE di http://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim/

Selain itu, sumbangan juga boleh disalurkan melalui Jom Pay (Biller Code: 81059) atau boleh menggunakan aplikasi TnG ewallet dan Snap and Pay.  Setiap sumbangan dikecualikan daripada cukai pendapatan potongan.
Untuk maklumat lanjut mengenainya layari laman web: www.yide.com.my dan boleh menghubungi Bahagian Kebajikan dan Publisiti Yayasan Islam Darul Ehsan ditalian +603-55103931 atau email : publisiti@yide.com.my.



Sementara itu, Pengurus Operasi, Bahagian Kebajikan dan Publisiti YIDE, Md Ariffin Jaafar memberitahu, sehingga kini pihak yayasan berjaya mengumpul sejumlah RM6.58 juta bagi projek pembinaan Kompleks Anak Yatim peringkat negeri itu di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.
Bagaimanapun baki selebihnya berjumlah RM3.47 juta yang masih kurang memerlukan sumbangan orang ramai termasuk badan-badan kebajikan, syarikat korporat dan badan berkaitan kerajaan.

"Sehubungan itu pihak YIDE meminta orang ranai khususnya syarikat korporat, badan-badan kebajikan dan sebagainya menyalurkan bantuan atau sumbangan bagi melaksanakan projek berkenaan di samping memuliakan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik melalui platform disediakan," ujarnya semasa menerima sumbangan dari Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) pada Khamis 15 Oktober 2020 lalu, yang dicatatkan dalam media sosial yayasan tersebut. 


Mohd Mirza Kamaruddin (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan RM30,000 bagi pihak Kumpulan  Semesta Sdn. Bhd. kepada Md. Ariffin Jaafar untuk projek pembinaan Kompleks Anak Yatim di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.


Pada majlis berkenaan KSSB, yang merupakan antara penyumbang yang komited dalam membantu YIDE menggerakkan kerja-kerja kebajikan di sekitar Selangor, menyumbang RM30,000 bagi membiayai projek pembinaan Kompleks Anak Yatim di Pulau Indah itu, yang disampaikan oleh Pegawai Komunikasi Korporatnya Mohd Mirza Kamaruddin, manakala pihak YIDE diwakili Md. Ariffin Jaafar.
Beliau juga menyatakan sehingga September 2020, sejumlah 17 buah rumah anak yatim di seluruh Selangor telah berdaftar secara dalam talian dengan YIDE, manakala jumlah anak yatim yang berdaftar pula seramai 7,500 orang.
Pelbagai program kebajikan, katanya, akan dirancang dan dilaksanakan pada masa hadapan bagi menjayakan hasrat YIDE untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim di seluruh negeri. Selain itu, kesejahteraan golongan berkenaan akan dipastikan terus terjaga dan terpelihara.

Mohd. Ariffin (kiri) bersama Muhd Sukri Mat Zin serta seorang pegawai kanan Puncak Niaga Holding Berhad berbincang mengenai projek pusat hemodialisis baharu di Masjid Puncak Alam,Selangor.


Dalam pada itu, sebelum ini, pihak YIDE menjalin kerjasama dengan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) dalam usaha menjayakan projek membina sebuah pusat hemodialisis baharu di Masjid Puncak Alam, Shah Alam.
Penambahan pusat dialisis ini bertujuan bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang menjalani rawatan hemodialisis khususnya bagi pesakit-pesakit di Selangor.
Sebelum ini, perbincangan dan lawatan tapak ke Masjid Puncak Alam telah dilakukan bagi meninjau fasiliti sedia ada yang boleh ditambah baik untuk keselesaan pesakit terlibat nanti.
Malahan melalui pembinaan pusat dialisis baharu itu nanti diharap dapat membantu menampung keperluan pesakit buah pinggang khususnya disekitar Puncak Alam dan kawasan berhampiran.

Info grafik menunjukkan pusat-pusat hemodalisis MAIS kendalian Yayasan Islam Darul Ehsan yang terdapat di seluruh Selangor.

Pada kunjungan ke ibu pejabat PNHB, YIDE diwakili Md. Ariffin Jaafar dan Penolong Perancangan Strategik, Muhammad Hafiz Bahari, manakala PNHB oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Pengerusinya, Muhd Sukri Mat Zin. 
YIED sehingga ini mempunyai enam cawangan Pusat Dialisis MAIS di seluruh Selangor iaitu di Kapar, Bukit Jelutong, Kuala Selangor, Sungai Besar, Shah Alam dan Taman Melawati bagi kemudahan pesakit buah pinggang menjalani rawatan hemodalisis. 

Untuk masa sekarang, pihak yayasan juga membelanjakan sejumlah RM500,000 setiap tahun untuk kos rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan yang disalurkan melalui infaq orang ramai. Selain itu, ia juga digunakan bagi membeli mesin heamodalisis dan peralatan klinik yang rosak. KitaReporters

Pusat Hemodialisis MAIS kendalian Yayasan Islam Darul Ehsan di Shah Alam mempunyai van bagi kemudahan para pesakit buah pinggang yang kurang mampu untuk pergi dan balik bagi menjalani rawatan dialisis di pusat berkenaan. 

1
0
0
0
0
You will be interested