Insan & Komuniti 12 Aug, 2021

Acara pernikahan cetus kluster baharu COVID-19 di Besut! 384 kontak rapat disaring! 38 positif!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


ANGKARA aktiviti pernikahan sepasang suami isteri dari Kampung Gelam Mas dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, Besut membawa padah apabila tercetus kluster baharu COVID-19 di daerah tersebut.

Pernikahan pasangan terbabit pada 15 Julai 2021 dan kes positif virus pertama hanya berjaya dikesan pada 11 Ogos 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pernikahan


Berdasarkan kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada11 Ogos 2021, kes indeks adalah lelaki berusia 28 tahun yang didapati positif pada 11 Ogos setelah menjalani pemeriksaan kontak rapat. 

Menurut kenyataan tersebut, setelah kerja saringan dijalankan ke atas 384 orang yang mempunyai kaitan kepada kluster tersebut, 38 orang diuji positif untuk COVID-19.

Katanya lagi, kumpulan ini adalah antara 31 kluster baharu yang diumumkan oleh kementerian pada hari Rabu, 11 Ogos 2021.



“Ia juga merupakan salah satu daripada 11 kluster yang dikategorikan sebagai kluster komuniti,” tambah kenyataan itu.

Berdasarkan situasi terkini mengenai COVID-19 sehingga 12 Ogos 2021, Terengganu mencatatkan peningkatan kepada 594 kes positif harian dengan empat kematian direkodkan masing-masing satu di daerah Besut dan Marang, manakala dua di daerah Dungun. 

Daerah Dungun mencatatkan jumlah bilangan kes baharu tertinggi dengan 183 kes dan diikuti Kuala Terengganu 109 kes. - KitaReporters


Gambar hiasan.. Pejabat Agama Daerah Besut

5
4
8
4
11
You will be interested