PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tekad memperjuangkan alam sekitar daripada terus dirosakkan oleh tangan-tangan tidak bertanggungjawab.
Tengku Hassanal menzahirkan iltizam itu menerusi sebuah catatan dalam laman Instagram (IG) dengan bait-bait itu jelas memaparkan apa yang terselindung di sanubari baginda.
"Rintihan bumi sudah kudengari
Walau ada bisikan minta menyerah
Walau halangan datang membanjiri
Tiada noktah dalam memperjuangkan alam sekitar
Kian hari, ku menjadi matamu
Memulih apa yang menghantuimu
Cekal terus ku tempuhi ku hadapi
Jantung hijau Pahang akan menjadi realiti
Walau bertahun bersilih datang dan pergi
Perjuangan ini mohon diredhai
In shaa Allah
Terus Makmur Oh Darul Makmur"
Bait-bait puisi itu cukup menampakkan luhurnya jiwa
Tengku Hassanal dalam memperjuangkan isu-isu alam sekitar yang bukan sahaja di
Tasik Chini malah seluruh negeri Pahang.
Semoga hasrat baginda dipermudahkan dan dijayakan bersama-sama kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha mengekalkan keindahan alam semula jadi pada masa depan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter