ULAR tedung selar sepanjang empat meter yang berjaya ditangkap oleh APM Setiu di rumah jurunikah Kampung Guntung Dalam, Setiu, Terengganu pada 5 Februari 2022. - Kredit foto : APM Setiu
SEORANG jurunikah terkejut apabila terjumpa seekor ular tedung selar sepanjang empat meter yang berselindung di sebalik pintu tandas ketika dia mahu membuang air kecil di tandas rumahnya di Kampung Guntung Dalam, Setiu, Terengganu pada 5 Februari 2022 lalu.
Jurunikah terbabit, Yusof Mohamed, 84, amat terkejut dengan kehadiran ular yang berbisa itu secara tiba-tiba berada dalam tandas sewaktu dia hendak membuang air kecil pada kira-kira pukul 3.30 petang.
Lagi cerita-cerita menggerunkan berkaitan ular tedung
YUSOF Mohamed menunjukkan ular tedung selar berselindung di sebalik pintu tandas di rumahnya di Kampung Guntung Dalam, Setiu, Terengganu.
Yusof berkata, sebelum itu dia tidak menduga bahawa haiwan
itu yang tidak diketahui datang dari arah mana telah berada di tepi pintu di
dalam tandas itu.
‘’Awalnya, ketika saya membuka pintu untuk memasuki tandas saya merasa ada seolah-olah sesuatu benda berat yang tersangkut di pintu itu menyebabkan saya tidak dapat membuka pintu tandas berkenaan.
Kredit foto : APM Setiu
‘’Namun, selepas beberapa kali saya cuba membuka pintu itu semula dengan tenaga yang kuat sedikit, lalu pintu itu terbuka dan saya amat terkejut mendapati seekor ular tedung selar itu sedang berlingkar di dalam tandas,’’ katanya ketika ditemui pada 7 Februari 2022.
Jurunikah itu memberitahu sebelum itu dia tidak dapat membuka atau menolak pintu tandas itu kerana dipercayai ular tersebut berada di tepi pintu.
Kredit foto : APM Setiu
Bagaimanapun, katanya, setelah beberapa kali dia menolak pintu itu akhirnya dia berjaya membuka pintu tandas dan mungkin ketika itu ular tedung selar sudah beredar dari tempat itu.
‘’Syukurlah saya selamat dalam kejadian itu, jikalau ular itu tidak berada di tepi pintu ataupun ia berada di bahagian tengah tandas kemungkinan juga ia akan mematut saya sewaktu saya mula masuk ke dalam tandas,’’ katanya lagi.
Kredit foto : APM Setiu
Berikutan dengan kejadian itu, seorang anaknya telah menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Setiu.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Kapten (PA) Mohd Nizu Husien berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa kira-kira pukul 4 petang.
MOHD NIZU HUSIEN
Bertindak dengan kejadian tersebut, tiga anggota APM Setiu yang diketuai Lans Koperal (PA) Mohd Sakri Hamzeh tiba di lokasi rumah jurunikah itu pada pukul 4.10 petang.
‘’Sebaik sahaja anggota terbabit sampai mendapati ular tedung selar itu masih berada di tandas dan kami mengambil masa enam minit untuk menangkap ular tersebut,’’ katanya.