Insan & Komuniti 03 May, 2020

Pelancong asing tak nak balik lagi! Balik kena COVID-19 pula

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

DALAM situasi tegang ketika dunia sedang berdepan dengan penularan wabak pandemik COVID-19 bermula pada Januari 2020, rakyat yang sedang 'makan angin' ke luar dari negara masing-masing mula sibuk hendak membuat perjalanan pulang kerana bimbang mereka terkena jangkitan virus itu. Masing-masing tidak senang duduk dan rakus untuk balik ke negara masing-masing. : KitaReporters


Pandemik COVID-19 menyaksikan rakyat yang sedang melancong berusaha untuk pulang ke negara asal mereka bimbang terkandas sekiranya berada lebih lama di negara mereka lawati yang terbabit dengan penularan wabak itu.  

Tidak terkecuali rakyat Malaysia termasuk golongan pelajar yang merayu kerajaan Malaysia membawa mereka pulang ke tanah air kerana bimbang terus terkandas selepas penerbangan dihentikan. 
Bagaimanapun, situasinya berbeza di Malaysia apabila pelancong asing lebih selesa tinggal di negara ini ketika penularan wabak itu melanda negara mereka. 

Buat macam rumah sendiri ye!!

Lebih menggembirakan mereka apabila Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  sendiri mengumumkan mereka (pelancong asing) dibenarkan terus tinggal di negara ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan penerbangan dibuka semula.
Walaupun kos tempat tinggal ditanggung sendiri mereka menganggap perkara itu bukan sesuatu yang membebankan. 

Best ke duduk lama lama kat Malaysia?

Jangan tak tahu ye ramai sebenarnya pelancong asing yang terkandas di kawasan tumpuan pelancongan di Malaysia ketika ini. 

Mereka ini yakin dengan tindakan kerajaan Malaysia dalam menangani COVID-19 berbanding kerajaan mereka sendiri. 

Malaysia memang terbaik tau!!! 

Mereka juga terharu apabila kebajikan mereka di negara ini terjaga sepanjang penguatkuasaan PKP.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin (tengah) mengadakan sesi dialog bersama tujuh pelancong asing yang memilih menetap sementara di Cherating sehingga PKP ditamatkan.


Pelancong dari San Francisco, Amerika Syarikat, Chico, 81, selesa tinggal sementara di Malaysia sementara tunggu PKP tamat.


Lelaki warga emas dari Luxembourg dikenali sebagai, Patrick, 60, antara yang  bernasib baik kerana menempuh situasi PKP di negara ini.

"Melihat kerajaan Malaysia begitu komited menjaga kepentingan dan kebajikan rakyatnya termasuk pelancong asing ketika berdepan dengan wabak ini, saya membuat keputusan untuk tinggal sementara di negara ini walaupun terpaksa mengeluarkan belanja untuk tempat penginapan.
"Kebajikan kami dijaga tetapi kalau di negara lain belum tentu kami diberi perhatian. 

"Saya tidak pernah mengalami situasi PKP sebelum ini dan tidak menjangkakan bahawa saya terpaksa menempuhnya ketika sedang melancong pula," katanya ketika ditemui di Cherating, Kuantan, Pahang.

Pelancong-pelancong asing memuji sikap kerajaan yang turut menjaga kebajikan mereka ketika penguatkuasaan PKP.


Sementara itu warga emas dari San Francisco, Chico, 81, berkata, dia sepatutnya berangkat ke Thailand pada PKP fasa dua, namun bertindak membatalkan penerbangan kerana memikirkan Malaysia lebih selamat dan selesa. 

Malaysia terbaik. Terima kasih!!!

"Saya mengikuti perkembangan berkaitan virus yang sedang menular di seluruh dunia dan sentiasa mendengar arahan daripada kerajaan Malaysia. 

"Saya puji tindakan kerajaan yang begitu pantas menangani COVID-19 dan mampu menjaga rakyat dengan baik.

"Saya lihat walaupun tidak dibenarkan bekerja, rakyat Malaysia masih patuh arahan kerajaan walaupun ada segelintir yang degil dengan melanggar arahan. 

"Saya juga tahu kerajaan Malaysia membantu rakyat dari segi kewangan.

"Saya pun dapat makanan percuma dengan bantuan masyarakat Malaysia. Tipikal Malaysia, memang baik dan suka membantu," katanya. 

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap murah hati dan suka membantu.

Kedua-dua warga emas itu antara tujuh pelancong asing menetap di sebuah rumah rehat di Cherating dengan kadar bayaran sewa RM50 sehari. 

Lebih daripada itu, hubungan mereka dengan pengusaha sendiri kini semakin akrab. 

Boleh belajar masak makanan Melayu kalau duduk lama lagi nie.

Zul Fadzli Shamsuddin (kiri) simpati dengan nasib pelancong asing dan terus membenarkan mereka menetap di rumah rehatnya di Cherating dan memberikan sarapan percuma


Simpati dengan nasib mereka sepanjang Ramadan, pemilik rumah rehat Rumah Tamu Maznah, Zul Fadzli Shamsuddin membantu membuat pesanan makanan untuk mereka, manakala sarapan pagi diberikan secara percuma.

"Mereka tiada kenderaan dan ada juga yang tidak memiliki telefon bimbit untuk keluar membeli makanan. 

"Sebagai tetamu, saya membantu sekadar termampu," katanya.

Pelancong Jerman, Thomas Harry pilih tinggal di Greenland Guesthouse, Taman Negara sehingga tamat PKP. - Kredit foto-foto: Rosilawati Rosedi


Ahli perniagaan dari Jerman, Thomas Harry, 54, yang sedang bercuti di Taman Negara, Jerantut memilih untuk menetap di lokasi pelancongan itu sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia yang tiba di sini pada 16 Mac 2020 iaitu dua hari sebelum pelaksanaan PKP mengakui selesa menghabiskan masa menikmati keindahan flora dan fauna, walaupun perancangan asalnya pergi ke Kuala Tahan selama tiga minggu sahaja.

"Saya selesa menetap di sini walaupun tempohnya agak lama. Bekalan makanan pun diberikan. 

"Nak balik ke Jerman pun bimbang juga dengan ancaman virus ketika ini," katanya.

Pelancong-pelancong asing pun tahu kerajaan Malaysia begitu prihatin dan mereka mematuhi arahan PKP.

Namun, kenapa segelintir rakyat sendiri susah sangat mengikut arahan! - KitaReporters

19
1
1
1
1
You will be interested