Insan & Komuniti 10 Mar, 2020

[VIDEO] "AYAH, KU KIRIMKAN DOA" - ANAK ABAM

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
“SETIAP yang hidup, pasti akan mati. Jika ditakdirkan pasangan kita meninggal dunia terlebih dahulu daripada kita, usahlah meraung, tetapi berdoalah kepada Allah S.W.T. Buat Allahyarham suamiku yang tercinta, hari ni genap sebulan abang meninggalkan kami semua.. Al-Fatihah Syed Umar Mokhtar...”  : KitaReporters

Gambar kenangan Abam bersama Siti Nurhidayah dan anak, Syed Kecik. - Kredit foto: IG Abam_bocey


Begitulah catatan terbaru, isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang mengenang pemergian suaminya yang sudah genap sebulan meninggal dunia pada Selasa, 10 Mac 2020.

Dalam catatan dalam akaun Instagram(https://www.instagram.com/hidayah_abam/), Hidayah seperti memberi bayangan yang dia kini semakin tenang dan reda dengan ketentuan Ilahi.

Selasa, 10 Mac 2020, genap sebulan kepergian pelawak Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan

Abam meninggal dunia dalam tidur pada 10 Februari 2020 dalam usia 32 tahun. 


Siti Norhidayah berkongsi luahan rasanya itu dalam akaun Instagram miliknya @hidayah _abam

Menerusi perkongsian tersebut, Hidayah berkongsi foto kenangannya bersama arwah. 

Abam dan Siti Nurhidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia  8 bulan.

Siti Nurhidayah turut mengendalikan laman Instagram Abam_bocey(https://www.instagram.com/abam_bocik/) yang mempunyai 2.6 juta pengikut itu di mana selain mempunyai sejumlah gambar kenangan Abam, turut dimuatkan dengan gambar-gambar terbaharu anaknya, yang juga dipanggil Syed Kecik.

Satu YouTube channel Syed Uthman Hamzah turut dibuka yang mengandungi sejumlah video kenangan mereka sekeluarga.

Siti Nurhidayah, 28, kini pulang ke kampungnya di Sabak Bernam, Selangor dan menolong perniagaan ayahnya iaitu produk herbal dari tumbuh-tumbuhan. - KitaReporters


2
0
0
0
0
You will be interested