PELAWAK dan pelakon Zizan Razak, 36, tidak dapat menahan sebak ketika bertemu peminatnya, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Puteri Nur Zulaika Abdullah yang menghidap penyakit jangkitan kuman pada paru-paru. Terbaiklah Zizan!!! : KitaReporters
Selebriti ini telah pergi ke sebuah hospital di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini, Isnin 29 Jun 2020 bagi memenuhi permintaan kanak-kanak itu yang sudah lama teringin berjumpa dengannya.
Puteri Nur Zulaika kelihatan ceria dan mendoakan Zizan agar murah rezeki, dipelihara kesihatan dan cepat mendapat jodoh.
Selebriti ini telah pergi ke sebuah hospital di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini, Isnin 29 Jun 2020 bagi memenuhi permintaan kanak-kanak itu yang sudah lama teringin berjumpa dengannya.
Puteri Nur Zulaika terkena jangkitan kuman pada paru-paru ketika berusia lima bulan disebabkan kencing tikus.
Menurut doktor, kesihatannya merosot kebelakangan ini.
Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak meluangkan masa kira-kira sejam melayani kanak-kanak itu. Dia turut memberi sejumlah mainan kepada kanak-kanak tersebut.
Puteri Nur Zulaika kelihatan ceria dan mendoakan Zizan agar murah rezeki, dipelihara kesihatan dan cepat mendapat jodoh.
Dalam postingnya dalam Instagramnya @zizanrazak869, Zizan juga berharap peminat dapat mendoakan agar Puteri Nur Zulaika yang menghidap jangkitan kuman pada paru-paru, segera sembuh. - KitaReporters
Tags: