Walaupun hanya menjadi buruh kasar dengan projek pembinaan Lebuh Raya Timur Barat, namun pengorbanan Marzuki Hanafi, 79, tidak dapat dibayangkan penderitaan yang dihadapi dia bersama rakan-rakannya demi kemudahan yang digunakan ketika ini.
Menjadi buruh kasar bersama rakan-rakannya membina lebuh raya Gerik - Jeli itu ialah ketika negara masih dalam suasana ancaman pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya (PKM).
Lagi
MARZUKI HANAFI
Marzuki menunjukkan sijil penghargaan yang diterima dari syarikat Hazuma Mitsubishi Noormasman Join Venture yang masih disimpan hingga kini.
Marzuki atau lebih mesra dalam kalangan penduduk Kampong Perah Gerik sebagai Pak Lang, berkata ketika dia dan rakan-rakan sedang bekerja mengubah batu-batu di laluan yang dibuat, mereka beberapa kali terpaksa meniarap dan berlindung di sebalik batu-batu besar bimbang terkena tembakan daripada pengganas.
Letupan dan tembakan dari pihak pengganas kesasaran mereka sering didengarinya malah masih teringat-ingat sehingga kini.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan berlaku di depan mata ialah letupan dan kemusnahaan jentolak dan peralatan lain yang dilakukan oleh pengganas komunis.
Tugu Peringatan Lebuh Raya Timur-Barat
Katanya, dia dan rakan-rakan bekerja di lebuh raya itu selama lebih setahun dan kemudian dibawa pindah untuk bekerja pula bagi projek pembinaan Terowong Menora antara Kuala Kangsar dan Ipoh.
Kerja-kerja menebuk terowong berkenaan amat teruk, namun tiada ancaman daripada pihak pengganas seperti di kawasan kerja jalan Lebuh Raya Timur-Barat.
Marzuki juga dibawa oleh syarikat tempat dia bekerja untuk membina Lebuh Raya Air Keroh, Melaka selama hampir setahun.
Katanya, akibat tiada berpelajaran tinggi, dia korbankan dirinya begitu lama menjadi buruh kontrak untuk sara keluarga yang miskin dengan gaji yang cukup menyara keluarga.
Terowong Menora Kuala Kangsar-Ipoh juga pernah menjadi tempat Marzuki mencari rezeki untuk keluarganya.
Marzuki yang mempunyai sembilan orang anak dan tiga puluh orang cucu serta dua cicit kini menumpukan banyak masa lapang untuk aktiviti berbasikal bagi menyihatkan badan.
Marzuki telah menyertai grup kayuhan basikal yang terdapat di daerah Gerik dan menjadi pengayuh yang tertua di daerah ini dan masih aktif berkayuh. - KitaReporters
Marzuki gigih berkayuh basikal walaupun usianya kini mencecah 79 tahun.