Insan & Komuniti 28 Apr, 2022

Yang sakit, hilang orang tersayang tak dilupakan! VC UUM hulur kuih, duit raya! Tanda ingatan!

@corp comm uum
Kelab Mobile Journalist UUM

Share this


Aidilfitri bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi dan semua warga Universiti Utara Malaysia (UUM) terutama pelajar dan staf mula bergerak untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri setelah dua tahun terhalang ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19.

Namun dalam kemeriahan sambutannya Naib Canselor Prof Dr Haim Hilman Abdullah tetap tidak melupakan staf dan ahli keluarga yang sakit dan kehilangan orang yang tersayang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemberian duit raya

Naib Canselor UUM Prof Dr Haim Hilman Abdullah (kiri) menyampaikan sumbangan kuih dan duit raya kepada keluarga Pengawal Keselamatan Amir Ramli, 50.

Beliau bersama Pendaftar UUM Ahmad Rasidi Abdullah dan Pengarah Unit Komunikasi Korporat Ts Syamsyul Anuar Ismail menyantuni dan menyampaikan sumbangan daripada Majlis Kebajikan Sukan dan Kebudayaan (MKSK) berupa kuih dan duit raya tanda ingatan pihak universiti ini.

Dalam pada itu Pengawal Keselamatan Amir Ramli, 50, yang telah berkhidmat selama 16 tahun dengan UUM teruja dengan kunjungan Prof Dr Haim Hilman ke rumahnya.

“ Hari raya pada tahun ini pastinya mengembirakan kami sekeluarga kerana kehadiran Naib Canselor pada hari ini juga amat bersejarah memandangkan genap usia isteri saya Afifah Ahmad yang ke-46,” ujarnya ketika ditemui. 


Putri Majdina Faqihah menerima sumbangan duit raya daripada Prof Dr Haim Hilman.


Turut dikunjungi beliau ialah rumah Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) UUMCOB Siti Norliza Jumali dan staf Pustakawan Noorfauziati Mat Yatim.

Dalam pada itu Prof Dr Haim Hilman juga memaklumkan lebih 4,000 pelajar UUM dibenarkan pulang beraya sama ada menggunakan kenderaan sendiri, dijemput ibu bapa atau waris atau dengan mengunakan pengangkutan awam dan udara. 

Bagi pelajar yang tinggal di kampus pihak universiti menyediakan jamuan raya selepas solat raya nanti untuk lebih 1,000 warga kampus di pekarangan Masjid Sultan Badlishah universiti ini. - KitaReporters


Prof Dr Haim Hilman bermesra dengan Muhammad A'fif anak kepada staf Pustakawan Noorfauziati Mat Yatim.

11
12
0
8
0
You will be interested