Insan & Komuniti 19 Jun, 2020

Selamat tinggal AirAsia! Kesedihan, kekecewaan dan tangisan!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

SUKAR untuk dinafikan bahawa sejak dunia dilanda wabak COVID-19 ia telah memberikan impak sangat besar kepada kehidupan masyarakat. Ia termasuk dari segi peluang pekerjaan. Banyak syarikat terpaksa gulung tikar akibat kerugian yang dialami. Secara tidak langsung, pekerja terpaksa dihentikan dan jumlah pengangguran juga makin meningkat. : KitaReporters


Terbaharu, syarikat tambang murah, AirAsia telah mengambil keputusan kurang disukai apabila terpaksa mengurangkan jumlah pekerja mereka setelah pendapatan syarikat terjejas teruk.

Kredit FB Penang Kini


Di Pulau Pinang, 38 staf AirAsia terpaksa ucapkan selamat tinggal kepada syarikat yang telah memberi rezeki kepada mereka ini sejak sekian lama.

Malah ada yang telah berkhidmat selama 15 tahun tetapi apakan daya, rezeki yang tertulis hanya setakat itu sahaja.

Boleh dilihat gambar yang dikongsi oleh Penang Kini dalam Facebook, jelas suasana pilu malah ada antara mereka tidak boleh menahan emosi.


Sedih, kecewa, marah. Pelbagai perasaan dilalui mereka ketika itu!!

Kepada masih ada peluang untuk bekerja, bekerjalah sebaik mungkin. Kepada yang masih tercari-cari, moga rezeki kalian akan dimurahkan.

Tahun 2020 merupakan tahun yang begitu sukar untuk masyarakat dunia. Kita perlu bersedia hadapi perkara ini. - KitaReporters

2
4
13
1
0
You will be interested