Insan & Komuniti 13 Jul, 2022

Video| Terima kasih abang Panda! Rider sapu pasir di atas jalan elak eksiden! Semoga murah rezeki!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


BAGI mereka yang mencari rezeki sebagai rider, nyawa mereka dipertaruhkan demi keluarga tercinta yang menanti kepulangan di rumah.

Begitu juga dengan seorang rider yang mempunyai sifat tanggungjawab tinggi demi menjaga keselamatan rakan-rakan seperjuangan lain yang mencari rezeki.

Telah tular dalam media sosial, seorang rider dilihat sedang menyapu pasir di atas jalan raya di kawasan lampu isyarat dan bukan sahaja satu bahagian.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penghantar makanan


Individu yang merakam tindakan rider ini memuji kerana berjaya menyelamatkan penunggang motosikal lain daripada terlibat dengan kejadian tak diingini seperti kemalangan.

Bukan itu sahaja, seorang pemandu kereta juga dilihat sedang membelanjakan air kepadanya ketika sedang menyapu pasir yang diletakkan di dalam motosikalnya.



Video ini telah mendapat pujian ramai netizen di atas tindakan rider yang sangat bertanggungjawab

Mereka semua mendoakan agar dia dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diselamatkan ketika bertugas. - KitaReporters



15
11
0
7
0
You will be interested