Insan & Komuniti 25 Jan, 2021

Video| Sedih bertimpa, bantuan pun tiba! Ebit beli moto dan bantu Adam, adik sambung belajar!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

EBIT Lew membaca doa (tengah) selepas menghadiahkan sebuah motosikal kepada Adam yang berada di atas motosikal pada 24 Januari 2921. - Kredit foto: FB Ebit Lew


NASIB baik penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew terbaca kisah yang tular dalam laman media sosial tentang dua adik beradik yang dirundung kesedihan selepas kematian ibu tersayang pada 22 Januari 2021 lalu.

Selepas itu, situasi kesedihan itu bertambah duka lara lagi bagi Adam berumur 17 tahun dan adiknya 16 tahun apabila motosikal Adam berada di Flat Sri Johor didapati hilang pada keesokan hari.

Malangnya nasib dua orang anak yatim piatu itu, setelah ibu mereka meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang pada 21 Januari 2021,  pada 22 Januari 2021 pula motosikal Adam hilang mengakibatkan dua hari berturut-turut kisah sedih menimpa dua beradik itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ustaz Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


EBIT Lew membawa Adam untuk melihat motosikal. - Kredit foto: Ebit Lew


Cerita duka Adam itu tular serta warganet berkongsi berita mengenai kehilangan motosikal adalah salah satu usaha untuk membantunya supaya sesiapa yang ternampak atau terjumpa kenderaan itu bolehlah menghubungi Adam ataupun pihak berkenaan. 

``Siapa la yang sangup curi motosikal anak yatim piatu ni… rumah mereka di Flat Sri Johor. Sesiapa nampak motosikal ini pulangkan la balik,’’ kata salah seorang pembaca.




Sayu hati Ebit Lew  setelah membaca kisah dua beradik itu yang diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga menyebabkan hatinya tergerak hatinya berjumpa Adam bagi merawat hati anak yatim piatu itu yang berada dalam kedukaan.

Melalui laman Facebooknya, Ebit Lew berkata dua beradik itu tinggal bersama arwah ibunya sejak dari kecil lagi, manakala seorang kakaknya dipelihara oleh neneknya.




Menurutnya, beliau akan berusaha untuk mempastikan dua anak yatim piatu itu akan bersekolah semula kerana mereka sudah lama tidak ke sekolah akibat kemiskinan hidup

Ia apatah lagi, kata pendakwah itu, semasa hidup ibunya tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan akibat penyakit tersebut melainkan keluarga itu mendapat bantuan dari Baitulmal Kuala Lumpur. 


ADAM (kanan) bersama adiknya. - Kredit foto: Ebit Lew


``Dua beradik ini adalah orang baik-baik, saya sudah berbincang dengan adik-adik itu untuk menyekolahkan semula sebab mereka perlu belajar sehingga berjaya dan segala yuran serta perbelanjaan lain saya akan bantu. 

``Saya hadiahkan sebuah motosikal baharu jenis Modenas untuk Adam. Dapat diskaun kerana tauke kedai THM Motocyles Trading Desa Pandang baik dan adik itu boleh servis dan dapat ganti barang secara percuma selama satu tahun,’’ kata Ebit Lew lagi dalam Facebooknya semalam, Ahad 24 Januari 2021.



Beliau yang tidak ada apa-apa kepentingan dalam melaksanakan kerja-kerja amal  turut memberi sedikit wang perbelanjaan, di samping penceramah bebas itu turut mendoakan semuga kedua anak yatim piatu terbabit berjaya dalam kehidupan mereka.

Insya-Allah suatu masa nanti mereka akan bertemu ibu tersayang di syurga, ujarnya. - KitaReporters

6
3
0
0
0
You will be interested