Insan & Komuniti 06 Sep, 2020

Zakaria sifu lukis periuk kera! Cantik baq hang! Macam betul

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berikutan penularan wabak pandemik COVID-19, Zakaria Adam berjaya menghasilkan tiga lukisan bertemakan periuk kera. Stres punya pasal, pesara guru, yang lebih dikenali dengan nama jolokan Zakaria Periuk Kera berjaya menyiapkan tiga lukisan tersebut dalam tempoh seminggu pada awal tempoh PKP itu. : KitaReporters

Zakaria menyiapkan lukisan tumbuhan periuk kera yang menjadi tema kegemarannya sejak sekian lama. 


Lagi cerita-cerita berkaitan lukisan:

https://kitareporters.com/search?search=lukisan


Hebat pelukis warga emas ini!! 

Usia sudah menjangkau 69 tahun namun masih gigih berkarya. Jari jemari masih kuat untuk melarik atas kertas lukisan. Ironinya, lukisan beliau hanya bertumpu pada tumbuhan unik (periuk kera) sahaja!

Menurut bekas guru mata pelajaran Pendidikan Seni ini, perasaan bosan ditambah pula tekanan tidak boleh keluar rumah ketika PKP menyebabkan dia mengambil keputusan untuk melukis. Itu yang membuatkan dia berasa lebih tenang. Masanya terisi dengan melukis.

Zakaria bersama sebahagian daripada lukisannya yang tersimpan rapi di galerinya



"Dalam tempoh seminggu awal PKP dulu, saya menghabiskan masa dengan melukis periuk kera yang menjadi subjek lukisan saya sejak sekian lama," katanya yang dikenali sebagai ‘Zakaria Periuk Kera’ dalam kalangan masyarakat setempat. 

Menjengah Galeri M Warna di Kampung Sentosa, Maran, Pahang yang dimiliki Zakaria atau juga dikenali sebagai Master Of Pitcher itu, pelawat hanya akan melihat puluhan lukisan bertemakan 'periuk kera' dalam pelbagai saiz bingkai tergantung rapi di segenap dinding galeri itu. 

Nak percaya atau tidak nie?



Antara karya lukisan periuk kera yang mewarnai suasana galeri milik Zakaria


Menurutnya, pengalaman dibesarkan di kampung dan dikelilingi tumbuhan itu juga menjadi faktor utama dia menjadikan periuk kera sebagai subjek karyanya.

“Selepas bersara, saya menumpukan perhatian pada melukis dan banyak masa dihabiskan di galeri untuk melukis dan melayan pelawat," katanya. Zakaria berkata, keistimewaan dan keunikan yang ada pada tumbuhan periuk kera itu menjadi sumber ilhamnya untuk menghasilkan karya.

Hasil lukisannya begitu mengagumkan. Setiap satunya pasti ada 'wajah' periuk kera dalam pelbagai bentuk, rupa dan warna yang menarik dan memukau mata yang memandang!

Menurutnya, periuk kera atau nama saintifiknya, Nepenthes Mirabilis itu dijadikan sebagai ilham untuk berkarya kerana dikatakan sebagai tumbuhan pemangsa tetapi sebenarnya ia hanya bertindak sebegitu apabila diganggu.

Katanya lagi, periuk kera seperti orang Melayu. Datanglah sesiapa pun, kalau diganggu mereka masih bertahan disitu. 

Haaaa, mendalam kan maksudnya?

Periuk kera atau nama saintifiknya Nephentes Mirabilis



"Itu yang menyebabkan saya tertarik dan menjadikan pilihan utama karya sejak mula aktif melukis dan sudah ratusan karya saya hasilkan sejak mula aktif lebih 30 tahun lalu," katanya yang memilih cat minyak dan akrilik sebagai medium untuk berkarya.

⁣"Selain itu ia (periuk kera) tidak bersikap hipokrit, ia tidak pernah berpura-pura mahupun menyamar seperti sesumpah dan sentiasa menjadi diri sendiri," jelas yang juga dipanggil dengan gelaran Aboh.

Katanya, galeri yang dirasmikan pada tahun 2015 itu dibuka kepada pengunjung setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga jam 6 petang.


Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar di Galeri M Warna


"Ada antara karya saya mencecah harga RM10,000 dan ia juga bergantung pada saiz lukisan," jelasnya yang juga aktif menyertai pameran dalam dan luar negara.

Walaupun ia adalah lukisan tetapi tumbuhan periuk kera sebenar adalah antara khazanah alam semula jadi yang harus dipelihara dan pulihara dengan sebaik mungkin. Jangan sampai anak cucu kita tidak mengenali tumbuhan periuk kera suatu hari nanti. -  KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested