AJALNYAbelum tiba... mungkin itu perkataan yangpaling sesuai kepada seorang ibu muda dari Alpharetta, Georgia di Amerika Syarikat ketika berdepan detikmendebarkan dan terselamat daripada dihempap sebatang pokok yang tumbang dilokasi mereka bersantai di kediamannya, baru-baru ini.
BERLARI selepas anaknya mendengar retakan yang kuat dan menjerit supaya ibunya menyelamatkan diri. - Kredit foto KUNA.
Memetik laporan The Sun, kejadian mencemaskan itu berlaku ketika wanita berkenaan sedang bersantai di sebuah kerusi di ruang kolam di rumahnya sambil menemani anak-anaknya yang sedang leka mandi kolam.
Namun ketikabersantai sambil membaca buku, anaknya terdengar bunyi retakan yang kuatsebelum melihat sebatang pokok tumbang ke arah tempat ibunya bersantai.
Rakaman video keselamatan di rumahnya menunjukkan anaknya yang sedang ralikmandi menjerit ke arah ibunya supaya melarikan diri selepas melihat sebatang pokok tumbang ke arah ibunya.
TERSELAMAT selepas mendengar jeritan daripada anak supaya ibunya menyelamatkan diri.
“Ibu lari,” ujarkanak-kanak berkenaan.
Tindakanpantas wanita itu yang berlari dari kedudukan dan menyelamatkan diri
Sekiranya,lambat bertindak pasti dia terkorban kerana sebatang pokok besar tumbang tepat di atas kerusi yang digunakannya ketika bersantai.
SEBATANG pokok tumbang menghempap kerusi yang digunakan oleh wanita ketika bersantai sambil menemani anaknya mandi kolam.
Inilahdikatakan belum ajalnya.
Malah dalamvideo berkenaan ibu muda itu menzahirkan rasa syukur kerana terselamat.
“Oh Tuhan,saya hampir mati,” ujarnya.
Inilah dikata malang tidak berbau… boleh sajaberlaku di mana-mana! - KitaReporters