Insan & Komuniti 31 Oct, 2021

Video| Apa nak jadi? Rambang mata ditawar wang tunai berjuta! Ibu muda sanggup jual anak sendiri

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

Bayi berusia sebulan yang dijual sendiri oleh ibu kandungnya selepas rambang mata kerana ditawarkan dengan wang tunai.


TERGODA dengan tawaran wang tunai yang banyak, seorang ibu sanggup tukarkan anak yang dikandung sembilan bulan 10 hari itu dengan wang tunai bernilai Rp7 juta (RM2,040).

Kejadian yang berlaku di Palembang, Indonesia itu berlaku ke atas seorang ibu muda yang bertindak berani menjual darah dagingnya selepas mengaku kesempitan hidup.

Oh ibu! mana naluri ibumu!


Lagi kisah menarik berkaitan kisah-kisah keperitan hidup 

Anita sanggup menjual anak selepas rambang mata ditawarkan wang sebanyak 7 juta rupiah.


Tindakan Anita, 25, dari Ilir Barat II itu bagaimanapun disedari suaminya, Bobo yang melihat anaknya yang berusia sebulan tiada dalam dakapan isterinya sebelum bertanya kepadanya.

Malah secara jujur Anita memberitahu dia telah menjual anak kecilnya itu kepada seseorang yang tidak dikenali.


Lokasi yang menjadi proses jualan anak oleh ibu kandung di hadapan lorong berhampiran kediaman Anita di Palembang, indonesia.


Berang dengan apa yang dilakukan si isteri, Bobi kemudiannya bertindak membuat laporan polis.

Polis  kemudian terus membuat siasatan mengenai bayi perempuan itu sebelum menemukan pasangan suami isteri, Maliki dan Mardiana dari Buai Madang, Ranau yang telah membeli bayi tersebut, pada Khamis, 28 Oktober 2021 lalu.

Ketua Polis Daerah Sumatera Selatan, Toni Harmanto berkata, berdasarkan pemeriksaan, Anita mengaku menjual anaknya sendiri atas pujukan ahli keluarga yang terlibat dalam sindiket penjualan bayi. 



Masya-Allah! darah daging sendiri pun sanggup tipu!

Menurutnya, Anita pada awalnya disuruh datang ke rumah ahli keluarganya dan dan beberapa keluarga terdekat iaitu Gatot,  Putri Anggraini, Rohima dan Ujuk Sali, yang sanggup memujuk untuk dia menjualkan bayi berkenaan.

Jelasnya, Ujuk Sali meyakinkan Anita bahawa sudah ada pihak yang mahu mengurus anaknya dan telah diserahkan wang sebanyak 7 juta rupiah.

Daripada jumlah itu, Gatot mengambil 2 juta rupiah, manakala Ujuk Sali dapat 300,000 rupiah dan Rohimah meminta 700,000 rupiah sehingga bakinya, 4 juta rupiah diserahkan kepada Anita.

Bagaimanapun selepas operasi pencarian dilakukan, bayi malang berkenaan berjaya ditemukan semula dan berada dalam keadaan baik.


Pegawai polis bergeas membuat siasatan sebelum berjaya menemukan semula bayi yang dijual kepada pasangan suami isteri di Buai Radang.


Kini semua keluarga terdekat yang bertindak menjadi orang tengah iaitu Anita, Putri Anggraini, Rohima dan Gatot ditetapkan sebagai suspek, manakala Maliki dan Mardiana pula berstatus saksi.

Ujuk Sali pula sehingga kini masih diburu oleh polis.

Kesemua mereka bakal berdepan  hukuman penjara 15 tahun mengikut Perkara 83, Undang-Undang 23, Tahun 2002, Perlindungan Anak. - KitaReporters


Antara mereka yang ditahan ekoran kejadian penjualan seorang anak.

10
16
0
14
0
You will be interested