Insan & Komuniti 22 May, 2020

Kerja seni tak berkat? Rosyam Nor terus 'sound' Zul Yahya!!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
CAKAP jangan sebarang cakap!! Kalau bercakap tidak kena caranya boleh menyinggung ramai pihak lain. Kini berlaku perbezaan pandangan yang menyebabkan seniman terkenal Datuk Rosyam Nor membidas kata-kata bekas pelakon Zul Yahya. : KitaReporters

Rosyam Nor (kiri) dan Zul Yahya berbalah pendapat mengenai kerjaya pengiat seni tidak berkat. - Kredit foto: IG @Iamrosyam dan IG @zulyahya70

Baru-baru ini, Zul Yahya (Zulkifli Yahya), 47, menyeru penggiat seni khususnya pekerja di belakang tabir untuk mencari pekerjaan yang lebih diredai Allah SWT dan meninggalkan industri hiburan tersebut.

Beliau menyifatkan pekerjaan ini seakan kerja yang tidak diberkati dan tampil memberi pencerahan dalam laman Instagramnya @zulyahya70.

“Saya nak kongsi satu perkara atas pengalaman dalam bidang ini lebih 20 tahun sebagai anak seni, untuk adik-adik, sahabat yang berada salam industri filem, drama tanah air terutamanya belakang tabir iaitu kru teknikal dan kru produksi.

“Saya nak syorkan kepada sahabat-sahabat, jom kita ubah kehidupan kita. 

"Industri ini tak bawa ke mana-mana, tak ada keberkatan, kita banyak mana pun rasa tak cukup. Industri ini dipimpin sangat-sangat lari dari kehendak Allah SWT.

Kita tahu banyak kaki ampu, berpuak-puak dan juga banyak pentingkan diri sendiri, banyaknya rasuah, bila mereka ada kuasa salah guna dan penuhkan diri untuk nafsu mereka,” katanya.

Zul juga berkata pihak produksi hanya memikirkan keuntungan dan tidak menghargai penat lelah serta pengorbanan pekerja di belakang tabir.

Tambahnya, ujian ketika wabak Covid-19 memberi peluang kepada pengiat seni untuk berubah membuat pekerjaan lebih baik.

“Ini yang kita nampak depan mata pernah berlaku nasib kru-kru semua kita tahu mereka bekerja susah payah keluar pagi balik pagi, kerja tak ikut tempat, makan merata-rata, pengorbanan dan usaha mereka tapi pihak atasan tak nampak pengorbanan itu.

“Ramai sahabat-sahabat saya dahulu penghujung kehidupan mereka tidak ada apa-apa. Sudahlah EPF tiada, insurans pun kadang hidup kadang tak hidup, kejayaan tak ada,” katanya.

Tambah Zul, dia bercakap berdasarkan pengalamannya. 

Malah keputusannya untuk undur diri dalam industri hiburan merupakan yang keputusan terbaik buat dirinya.

Dia kemudian menjadi usahawan dalam bidang makanan dan punya restoran di Sekyen 13, Shah Alam, Selangor.

Dia juga semakin mendekati kegiatan keagamaan.


Namun saranan Zul Yahya menghiris hati sejumlah insan seni termasuk pelakon Sharifah Sahora yang membuat kenyataan dalam media.

Dan terkini teguran Zul Yahya itu menghiris Rosyam Nor (Mohammad Noor Shamsudin), 53.

Rosyam menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zul Yahya itu adalah tidak wajar kerana ia berkaitan soal rezeki.

“Bagi saya, dia tak sepatutnya bercakap begitu. Sebab rezeki datang daripada pelbagai cara dan apa yang dilakukan oleh penggiat industri ini pun adalah rezeki mereka.

“Dia juga tak sepatutnya menuduh ada rasuah dan lain-lain perkara yang buruk. Mungkin dia rasa tak dapat apa-apa ketika aktif dulu, ia kerana nasib tak menyebelahinya dalam bidang seni.

“Jadi, sesiapa yang masih lagi cari makan dalam bidang ini, mereka perlu teruskan perjuangan untuk mencari rezeki,” katanya kepada sebuah media.

Rosyam berkata, rata-rata kru belakang tabir tidak kekal dengan kerjaya ini selamanya kerana mereka akan beralih mencari kerja lain. 

Ujarnya lagi, tuduhan Zul kerja bidang seni tidak berkat mengguriskan perasaan ramai orang.

“Kalau Zul tuduh kata tak berkat, rasanya itu agak mengguris perasaan semua orang. 

"Sebenarnya berada dalam industri drama dan perfileman pun rezeki daripada Allah juga,” katanya.

Rosyam menolak pertemuan dengan Zul Yahya untuk berdebat mengenai perkara itu kerana tidak mahu isu berkenaan diperbesarkan.

Rosyam adalah antara segelintir insan seni yang mampu mengubah diri dan bergiat dalam pelbagai bidang perniagaan dengan sukses. 

Yang penting perlu ada semangat ingin berubah.


3
1
0
2
1
You will be interested