.
Betapa tertariknya penggemar dengan raja buah. Ini terbukti apabila sebanyak 200 biji buah durian jenis Musang King habis dijual dalam tempoh tak sampai 10 minit pada Program Durian Fest 2025 peringkat negeri Perak di Dataran Selama, Perak.
Penjualan buah secara lelong itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. Buah durian itu dilelong dengan harga RM5 sebiji berbanding dengan harga asal RM12 sekilogram.
Penggemar durian yang teruja untuk mendapatkan durian Musang King berbaris sejak awal untuk mendapatkan durian tersebut.

Saarani dalam ucapannya berkata, Perak merupakan negeri pengeluar terbesar durian kampung di negara ini dengan tumpuan di kawasan seperti Batu Kurau, Kuala Kangsar dan Muallim.
Beliau
berkata, keunikan durian kampung Perak kerana rasanya yang asli, teksturnya
yang kompleks serta pokok durian tua menghasilkan buah berkualiti tinggi yang
diwarisi sejak turun temurun.
“Pengusaha durian
di Perak berjaya membawa durian kampung Perak menembusi hingga ke pasaran
antarabangsa.
“Durian Fest
merupakan lambang komitmen Perak dalam memperkasa industri agropelancongan,
inovasi tani khususnya di kawasan luar bandar,” katanya pada majlis perasmian
penutup Durian Fest 2025 Peringkat Negeri Perak di Dataran Selama, Perak
pada 20 Julai 2025.
Saarani berkata, Perak telah menghasilkan pengeluaran durian sebanyak 59,217.3 tan metrik dengan nilai jualan sebanyak RM462.28 juta mengikut Banci Pertanian 2024.
Katanya, penghasilan
tinggi itu membuktikan Perak anatara negeri pengeluar utama durian di Malaysia
yang menyumbang ketara kepada ekonomi agromakanan negara.
“Keupayaan Perak
dalam mengeksport durian semakin terserlah melalui syarikat tempatan yang aktif di pasaran
antarabangsa seperti Topone Solution Sdn Bhd (TSSB) berjaya mengeksport
sebanyak 30 kontena durian bernilai RM20 juta pada 2042, termasuk lima kontena durian
kampung bernilai RM1 juta dan 100 tan metrik pes durian kampung dengan nilai RM5.25
juta,” katanya.
Menurut Saarani, kemajuan sektor ini diperkuat dengan kemudahan pemprosesan dan logistik bertaraf eksport seperti Duria Manufacturing Sdn Bhd di Kamunting dan Pusat Pemprosesan Buah-buahan FAMA Batu Kurau yang mampu berupaya memproses durian segar, durian sejuk beku, pes dan puri yang mematuhi piawaian antarabangsa.

Saarani Mohamad (tengah) menunjukkan sebiji durian Musang King yang dilelong dengan harga RM5 di program Durian Fest 2025 Selama, Perak.
Beliau
berkata dalam tempoh 2017 hingga 2023, Malaysia telah mengeksport durian ke
lebih 41 negara dengan 73 peratus daripada ilia eksport tertumpu ke China.
“Pada 2022
sahaja nilai eksport durian mencecah RM1.14 bilion termasuk RM887 juta ke
pasaran China. Varieti popular seperti Musang King, Black Thorn, D24, IOI serta
durian kampung premium terus mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa.
“Selain
China, permintaan turut meningkat dari negara-negara seperti Singapuran, Hong
Kong, Amerika Syarikat dan Australia.
”Walaupun Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hanya memasarkan sekitar 70 tan metrik
durian kampung setiap musim, melalui pasar tani dan saluran rasmi, jumlah jauh
lebih besar kerana durian dijual terus dari dusun ke pelanggan, termasuk
pembeli luar negara,” katanya.
Saarani berkata, durian Malaysia mula menembusi 16 wilayah utama di China, dan terus mendapat sambutan luar biasa sebagai produk eksotik premium,”katanya.
Menurut
beliau, trend eksport yang dijangka meningkat kepada RM1.8 bilion menjelang 2030
turut dipacu oleh kemajuan dalam logistik, teknologi rantaian sejuk beku serta
inovasi produk hiliran seperti coklat durian, kopi durian, sambal tempoyak
segera dan ais krim durian.
Katanya, beberapa
usahawan tempatan kini berjaya menembusi pasaran luar negara menerusi kerjasama
strategik bersama Persatuan MyGerak Import & Export dan syarikat asing
seperti Shandong Lin Hua Group.
”Melalui program seperti Durian Fest, Perak dilihat bukan sahaja memperkukuh kedudukan sebagai hub pengeluaran durian berkualiti, malah terus melahirkan usahawan berdaya saing dalam industri buah-buahan tempatan,” ujarnya.

Sementara itu,
Zakaria Ibrahim dinobatkan sebagai pemenang pertama bagi kategori Durian Kampung
Premium. Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.
Tempat kedua
dimenangi Mohd Fauzi Ishak membawa pulang RM500 dan Muhamad Faizul Mohamad
tempat ketiga dengan RM300.
Lebih 20,000
orang berkunjung ke Program Durian Fest 2025 yang berlangsung selama tiga hari
bermula 18 hingga 20 Julai 2025 melibatkan 25 usahawan. - KitaReporters