Sering demam dan muntuh apabila makan menjadi petanda awal seorang budak perempuan, Nur Faqeeha Ufiyya Muhammad Firdaus 8, disahkan menghidap kanser leukemia sejak April 2025 lalu. Dia merupakan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Kamunting, tetapi kini tidak ke sekolah. - KitaReporters

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (tengah) sedang memangku Nur Faqeeha Ufiyya Muhammad Firdaus sambil diperhatikan oleh Rohaszila Yahaya (kiri) dan Muhammad Firdaus Mohd Saad (kanan) ketika melawat keluarga itu di Kampung Kurnia Jaya Sambungan di Kamunting, Taiping.
Sering demam dan muntuh apabila makan menjadi petanda awal seorang budak perempuan, Nur Faqeeha Ufiyya Muhammad Firdaus, 8, disahkan menghidap kanser leukemia sejak April 2025 lalu.
Ibu kanak-kanak itu, Rohaszila Yahaya, 33, berkata, anaknya sering demam sejak April tahun ini sebelum disahkan menghidap leukemia.
Katanya, dia dan suami Muhammad Firdaus Mohd Saad ingat anak mereka demam biasa lalu membawanya ke sebuah klinik swasta bagi mendapatkan rawatan.
"Doktor yang membuat pemeriksaan darah telah membuat surat meminta saya membawa anak saya bagi mendapatkan rawatan ke Hospital Taiping.
"Doktor di Hospital Taiping juga mengambil sampel darah dan air tulang belakang dan meminta saya membawa anak saya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi membuat kimo kerana Hospital Taiping tidak mempunyai kimo untuk kanak-kanak," katanya ketika ditemui di Kampung Kurnia Jaya Sambungan, Kamunting dekat Taiping.
Nur Faqeeha Ufiyya adalah anak kedua daripada tiga beradik dan merupakan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Kamunting. Dia kini tidak ke sekolah.
Rohaszila tidak bekerja, manakala suaminya bekerja kilang di Kamunting.

Syed Abu Hussin Hafiz (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Muhammad Firdaus (kanan).
Sementara itu Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fazal ketika melawat kanak-kanak itu berkata, pihaknya akan memberikan bantuan sebanyak RM300 sebulan bagi meringankan beban yang ditanggung bagi kos membawa kanak-kanak itu mendapatkan rawatan di Ipoh.
"Saya memahami kesulitan yang ditanggung oleh kedua-dua ibu bapa kanak-kanak ini. Inilah suasana yang ditanggung oleh keluarga ini, " katanya.
Selain itu, pihaknya juga akan membeli ubat sampingan yang dimakan oleh kanak-kanak ini bagi mengurangkan kesakitan yang dialami kanak-kanak ini.
Bagi mereka yang mahu menghulurkan sebarang sokongan dan bantuan, boleh menghubungi Rohaszila Yahaya melalui nombor talian 013 297 2989. - KitaReporters