Insan & Komuniti 10 Sep, 2022

Video| Demi rezeki halal! Ibu muda cekal bawa anak kecil sambil jadi Foodpanda Walker! Ramai kagum!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


PERJALANAN mencari rezeki hari ini bukan kerja mudah kerana usaha rezeki tidak jatuh tergolek! Yang penting kena rajin.

Lagi-lagi selepas musim PKP pasti ramai terkesan dengan keadaan ekonomi negara yang semakin mencabar.

Terbaharu tular dalam media sosial kesungguhan seorang ibu yang mempunyai anak kecil tetapi cekal mencari rezeki walaupun terpaksa membawa si kecil bersama-samanya semasa bekerja.


Lagi kisah menarik berkaitan pengorbanan mencari rezeki


Perkongsian berkenaan yang dimuat naik oleh @darksoulamir dalam aplikasi TikTok berkenaan pada 3 September 2022 lalu mendapat tontonan yang tinggi.

Menerusi video yang dipaparkan kelihatan ibu muda yang bertugas sebagai seorang penghantar makanan, Foodpanda Walker kelihatan membawa bersamanya anak yang diletakkan di dalam kereta tolak.

Walaupun menolak kereta sorong anaknya namun tidak menghalang dirinya terus bekerja dan membuat penghantaran pesanan sambil menggalas beg makanan

Dia yang mungkin sedang bertugas untuk menghantar pesanan makanan sambil menolak kereta sorong anaknya sementara menunggu lampu isyarat di jalan utama. 



Terdahulu menerusi kapsyen @darksoualamir memohon maaf kerana telah menularkan video wanita tersebut.

Malah pemuda berkenaan yang juga seorang pekerja Foodpanda itu menjelaskan dia sebenarnya kagum dengan kesungguhan ibu muda berkenaan yang tidak tahu lelah walaupun mempunyai anak kecil.

“Maaf ya dik viralkan awak dekat TikTok ni. Saya kagum dengan awak ni pasal pertama kali tengok FoodPanda Walker bawa anak dalam troli.

Sesapa sahaja pelanggan dia ni mohon beri tip lebih sikit,” tulisnya dalam kapsyen.

Inilah kehidupan, semuanya memerlukan pengorbanan dan usaha keras.

Semoga ibu muda berkenaan terus cekal menghadapi asam garam kehidupan di bandar besar ini. Malah, dikurniakan anak yang sihat dan baik selain membantu dirinya apabila besar nanti. - KitaReporters


8
10
0
14
0
You will be interested