Insan & Komuniti 13 Aug, 2022

Regim aparteid Israel terus mengganas! Mangsa terbaharu seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Liyan al-Shaer


SERANGAN udara dan artileri regim aparteid Israel semakin bernafsu dan bertali arus ke arah kawasan Gaza kononya terdapat kumpulan Jihad Islam Palestin (PIJ) yang bertindak balas menyerang kembali serangan ke atas mereka (Israel).

Terbaharu dan dilaporkan antara yang terganas, berlaku selama beberapa hari bermula pada Jumaat, 5 Ogos 2022 lalu 

Angka kematian kalangan kanak-kanak Palestin terus meningkat menjadikan jumlah keseluruhan tahun 2022 ini (sehingga 11 Ogos 2022) kepada 37 orang.


Lagi cerita-cerita suka duka berkaitan negara diduduki Palestin


Orang ramai membawa jenazah kanak-kanak Palestin Liyan al-Shaer yang meninggal dunia pada 11 Ogos 2022 akibat kecederaan parah yang dialaminya dalam serangan udara Israel di Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza. - Kredit foto: Said Khatib/AFP


Mangsa terbaharu ialah seorang kanak-kanak perempuan Liyan al-Shaer, 10 tahun yang meninggal dunia di hospital Baitulmaqdis pada Khamis, 11 Ogos 2022 akibat kecederaan parah pada kepala yang dialami dalam edisi terbaharu siri keganasan tentera Zionis di Gaza itu.

Tiga lagi kanak-kanak Gaza kini sedang menggunakan mesin sokongan hayat di sebuah hospital di Baitulmaqdis, lapor agensi berita rasmi Palestin Wafa.


IMBASAN siri kekejaman dan tidak berperikemanusiaan dilakukan oleh tentera zionis terhadap golongan kanak-kanak yang belum mengerti tentang kehidupan dunia akibat peperangan Israel-Palestin sejak bermula tahun 1948. - Kredit foto: Agensi media.


Potret sebahagian 15 orang kanak-kanak Palestin yang terbunuh pada tahun ini akibat konflik Palestin-Israel yang berpanjangan. - Kredit foto: Kementerian Kesihatan Palestin.



"Pembunuhan akan mencacatkan begitu ramai kanak-kanak tahun (2022) ini dan adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku," kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UNCHR, Michelle Bachelet, dalam satu kenyataan kepada media.

"Serangan seperti itu mesti dihentikan." tegasnya. Beliau turut menggesa dilakukan siasatan terhadap semua kejadian di mana orang awam terbunuh atau cedera.

"Sama ada kerana pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa oleh semua pihak dalam konflik di Gaza, atau kerana pelanggaran berulang kali oleh Israel terhadap undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang pendudukan di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqadis Timur," jelasnya lagi. - KitaReporters


TANGISAN serta raungan yang tiada berkesudahan dapat dilihat  pada wajah kanak-kanak Palestin yang tidak berdosa ini ketika mereka menahan kesakitan dan kesedihan. - Kredit foto: Agensi media.


Sumber:

https://berita.mediacorp.sg/dunia/pbb-bidas-pembunuhan-tidak-wajar-kanak-kanak-palestin-681646

https://english.wafa.ps/Pages/Details/130392

https://mb.com.ph/2022/08/12/un-slams-unconscionable-killing-of-palestinian-children/

15
11
1
15
0
You will be interested