Insan & Komuniti 26 Sep, 2022

Video| Tak berperikemanusiaan! Pemandu ambulans tinggalkan wanita mengandung! Tak mampu bayar kos!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

TIDAK beretika dan tidak berperikemanusiaan!! Itulah kata-kata yang sesuai diberi terhadap seorang pemandu kereta ambulans ini.

Pemandu ambulans itu bertindak meninggalkan seorang wanita hamil dan beberapa saudaranya di tepi jalan kerana mereka tidak mampu membayar kos pengangkutan berjumlah Rs1000 (kira-kira RM56).



Menurut India.com, kejadian ini berlaku di kampung Pandhari, Hamirpur, negeri Uttar Pradesh, India baru-baru ini.

"Keluarga tersebut tidak mempunyai Rs1000, jadi wanita hamil itu ditinggalkan di tepi jalan raya. Betapa kejam, itu yang boleh dikatakan," tulis seorang wartawan, Rajesh Sahu, yang  berkongsi video itu dalam Twitter.

Video itu mengundang rasa simpati dan terkejut para netizen, yang rata-ratanya menuntut hukuman yang tegas dikenakan terhadap pemandu ambulans itu.

Dalam video yang dimuat naik, kelihatan wanita hamil itu sedang kesakitan ditenangkan oleh saudara maranya selepas mereka ditinggalkan di tepi jalan. - KitaReporters


Wanita sarat mengandung menangis dan ditenangkan oleh saudara-maranya. - Kredit foto: Twitter Rajesh Sahu

9
10
0
17
0
You will be interested