Insan & Komuniti 17 Aug, 2022

Video| Alhamdulillah! DS Vida dan Ahmad Iqbal berdamai! Ikhlas bermaafan! Buka lembaran baharu!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Kredit foto: IG DS Vida


Pergaduhan antara Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman bersama bekas pembantu beliau, Ahmad Iqbal Zulkefli pernah menjadi tumpuan rakyat Malaysia dengan pelbagai siri cerita mereka sampai Iqbal mengeluarkan single sendiri bertajuk 'Hujan' yang mengisahkan cerita beliau dalam lagu itu.  

Namun kini kisah duka antara mereka seperti sudah berlalu apabila Vida telah melupakan apa yang berlaku dan iklaskan memaafkan apa yang terjadi selama ini

"Tapi apa pun saya rasa setiap yang berlaku ada hikmah, setiap yang berlaku  itu ada perancangan Tuhan untuk memberi lebih baik kepada saya, kepada awak setiap apa yang berlaku saya reda, saya pasrah," Vida. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan selebriti DS Vida




Dalam pada sama, Iqbal sempat memberi memberi kata semangat kepada Vida agar terus nampak muda dan terus nampak segar sambil memuji bulu mata beliau. 

Iqbal juga pernah janji kepada Vida jika berlaku apa pun ketika bergaduh, dia tetap ada. 

"Ingat kata-kata saya sejak tujuh tahun lepas walaupun kita gaduh macam mana pun,saya tetap ada itu yang saya ingat sampai sekarang," tegas Iqbal.


Kredit foto: Ahmad Iqbal Zulkefli


Nampaknya masing-masing sudah berdamai seperti akan kembali bersatu ke arah hubungan yang lebih serius selepas ini. 

Namun bagi Vida, beliau pun tidak menyangka bahawa akan penemuan seperti ini bersama Iqbal dan mengharapkan ia penemuan yang diberkati.  

Iqbal turut berkongsi satu peristiwa di Jakarta satu ketika dahulu bagaimana Vida merajuk dengannya dengan menutup pintu begitu kuat akibat jeles dengan Iqbal ketika itu.  

Pada akhir pertemuan itu, Iqbal secara terbuka hati menjemput Vida hadir ke rumahnya yang tidak begitu besar. 


10
16
0
8
0
You will be interested