Insan & Komuniti 09 Nov, 2022

Keluarga Malaysia berkonvoi sambil beramal! Sahabat Kembara Jitra Crew lancarkan Wakaf Kerusi Roda!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this



KOMUNITI permotoran, Sahabat Kembara Jitra Crew (SKJC) melancarkan kutipan sumbangan atau wakaf bagi mengagihkan kerusi roda untuk kegunaan masjid, asnaf dan mereka yang memerlukan.

Tentunya, aktiviti amal kebajikan ini sangat bertepatan dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang mahu membina sifat keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. 

Penyelaras program Ahmad Nazir Shoberi, 46, berkata, mereka yang ingin menyertai program ini boleh menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program-program berkonvoi

Berkonvoi sambil beramal oleh ahli kelab Sahabat Kembara Jitra Crew ini.


“Tujuan utama kami ialah untuk menyampaikan sumbangan kerusi roda ini kepada mana-mana pihak yang memerlukan terutama surau, masjid, pusat-pusat kesihatan daerah dan mereka yang memerlukannya,” katanya.

Kelab yang didaftarkan pada 2018 ini mempunyai ahli seramai 200 orang dan aktiviti mereka ialah berkonvoi sambil beramal di seluruh negara.

Menurut Ahmad Nazir lagi antara aktiviti mereka ialah mencari dana bagi membantu asnaf, ibu tunggal, warga emas, mualaf dan mereka yang memerlukan.


Ahmad Nazir Shoberi (kiri) menghulurkan sumbangan kepada Mohammad Azhar Arzemi, bapa kepada Mohammad Bilal Yusra, kanak-kanak penghidap Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala, baru-baru ini.


Dalam pada itu Naib Pengerusi kelab ini Ilyas Nik Umar berkata, dana yang dikumpul adalah hasil kutipan dalam kalangan ahli dan ada juga sumbangan yang diterima daripada orang ramai.

“Kami hanya menghulurkan sumbangan dan mendengar rintihan daripada kalangan mereka yang memerlukan perkhidmatan kami,” sambungnya lagi.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan untuk pembelian kerusi roda wakaf ini boleh menghubungi talian 0125559924, 01110672526 atau 0195716294 untuk keterangan lanjut. - KitaReporters


Program bersama anak-anak yatim di Kelantan. 
Berkonvoi sambil beramal oleh ahli kelab SKJC di seluruh Malaysia.

9
13
0
8
0
You will be interested