Insan & Komuniti 08 Jan, 2023

Video| Yusof Haslam menangis kecewa! Syamsul kahwin lagi! Belakangkan keluarga! Harap tidak bercerai!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Yusof Haslam ketika diwawancara wartawan Melodi TV3


BERITA perkahwinan kedua pengarah Syamsul Yusof, 38, dengan Ira Kazar pada Jumaat. 6 Januari 2023 dan luahan kekecewaan  isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana mendapat perhatian umum. 

Ini membuat program Melodi TV3 menerjah bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam, 68, di pejabatnya pada Sabtu, 7 Januari 20223, dan disiarkan lebih 3 minit dalam siaran tengah hari Ahad, 8 Januari.



Tokoh filem terkenal, Yusof kelihatan sebak ketika ditemu bual terutama pada bahagian akhir wawancara. 

Beliau tidak dapat menahan air mata mengalir dan suaranya tersekat ketika meminta Syamsul lebih bertanggungjawab setelah apa yang terjadi dan mendoakan yang terbaik.

Baginya perkahwinan tidak hanya memberi nafkah dalam bentuk wang, malahan sebagai imam juga perlu menjaga hati isteri dan jika ada masalah berbincang dengan baik antara kedua-duanya.


Yusof sayang terhadap menantu dan cucu-cucunya


Menurut Yusof, lelaki perlu ada sifat memujuk. Beliau mendedahkan tentang kekalnya hubungan rumah tangga dengan Datin Patimah Ismail hampir 40 tahun iaitu sejak 1982 ada kerana dia mempunyai sifat memujuk. 

Dalam hidup berumahtangga selama 40 tahun, beliau tidak menafi ada sedikit pergolakan, namun dan dapat diselesai dengan baik atas sifat saling memaafkan kerana wanita merajuk perlu dipujuk.

Yusof mengakui dia kecewa apabila Syamsul sudah berkahwin dua. 


Datuk Yusof dan Datin Patimah ada resepi untuk kekal bahagia selama 40 tahun.

Yusof berharap Syamsul bertanggung jawab terhadap isteri dan anak-anak

Menurut Datuk Yusof, dia hanya mengetahui anak sulungnya itu sudah berkahwin lagi setelah diberitahu oleh seorang stafnya yang meminta membuka IG Syamsul yang memuat naik video pengakuannya.

Sebelum ini dia hanya mengetahui khabar angin bahawa Syamsul sudah berkahwin dua. Yusof mengaku dirinya kecewa, malah isterinya Patimah lebih kecewa dengan pengakuan Syamsul.

Menurut Yusof, dia juga perlu menjaga hati isteri, menantunya Puteri Sarah dan cucu-cucunya serta besannya.

Tambahnya, ia tidak menjadi bahan berita sensasi dalam media kini, jika Syamsul tidak menyembunyikan masalah rumah tangganya sejak empat tahun lalu.

Beliau amat berharap krisis rumah tangga Syamsul dan Puteri Liyana dapat diselesai dengan baik dan mengelak berlaku perceraian. - KitaReporters


18
14
0
10
0
You will be interested