Insan & Komuniti 02 Jan, 2023

Video| Lagu pria selingkuh dengan mentua! Heboh satu Indonesia! Menantuku kekasihku! Dicekup khalwat!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this


RIHANAH Anah dikatakan berselingkuh sejak lima tahun dengan menantunya, RZ (kiri) yang kini sedang heboh diperkata oleh masyarakat Indonesia. - Kredit foto: TikTok


JIKALAU seorang wanita yang masih bersuami tetapi berselingkuh serta mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain atau suami orang ia boleh dikatakan satu perkara yang biasa terjadi dan tidak mengejutkan masyarakat ketika ini. 

Namun kejadian berselingkuh yang terbaharu ini telah mengemparkan masyarakat Indonesia dalam media sosial yang dianggap menjadi perkara luar biasa beberapa hari lepas apabila seorang ibu kandung sanggup meruntuh rumah tangga anaknya sendiri setelah dia tergamak melakukan hubungan terlarang dengan menantunya sejak lima tahun lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kesalahan berselingkuh

BUKANLAH bersedih sepatutnya Rahinah (kanan) sebagai  seorang ibu kandung tentu gembira dan ceria semasa Norma Risma bernikah dengan RZ pada 4 April 2021. - Kredit foto: TikTok



Bukan setakat itu sahaja, malah ia mengundang kemarahan orang ramai apabila ibu kandung terbabit yang bernama Rihanah Anah dan menantunya dikenali dengan nama RZ telah ditangkap berkhalwat berduaan di dalam bilik tanpa sebarang pakaian oleh penduduk kampung di Kota Serang, Banten pada beberapa bulan lalu. 

Warga bertindak demikian kerana mereka sudah lama mencurigai hubungan dan kemesraan antara Rihanah dengan RZ itu bagaikan pasangan suami isteri sedangkan RZ itu adalah suami kepada anak kandung Rihanah yang bernama Norma Risma, 21.


NORMA RISMA


Perselingkuhan antara ibu mertua (Rihanah) dan menantunya (RZ)  dipercayai terjadi selama lima tahun yang kini berakhir masing-masing dengan perceraian itu didedahkan oleh Norma Risma dalam media sosial menerusi akaun TikTok @likamri yang mengaku sebagai jiran tetangga wanita itu pada 30 Disember 2022.

Menurut Norma Risma, akibat perbuatan ibunya yang tidak jemu melakukan dosa serta memalukan keluarga dalam kalangan masyarakat lalu dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya baru-baru ini.

``Ayah saya pula yang bekerja di DKI Jakarta dan pulang ke rumah setiap hari minggu juga turut menceraikan ibu saya (Rihanah) akibat perangai dia tidak dapat diterima oleh keluarga kami,’’ katanya seperti dilapor portal berita VIVA.id.co. 


RIHANAH ANAH


Norma Risma memberitahu, wanita itu jatuh hati pada RZ sejak 2017 lalu dan ketika itu mereka masih belajar di sekolah yang sama sebelum mereka memutuskan untuk berkahwin pada 4 April 2021 lalu. 

‘’Sepanjang kami bercinta boleh dikatakan RZ selalu berkunjung ke rumah saya dan kadangkala saya tiada di rumah dan semasa itu saya sudah menduga bahawa ibu saya berselingkuh dengan RZ.

‘’Ia berdasarkan chat WhatsApp antara ibu dan RZ yang saya terbaca di telefon RZ terdapat  kata-kata yang tidak menyenangkan tetapi RZ tidak mengaku kerana kata-kata itu hanya gurauan sahaja,’’ ujar Norma Risma.



Norma Risma berkata, selepas berkahwin, dia bersama suaminya tinggal di rumah ibu tetapi setelah dia melihat pergaulan ibu dengan RZ semakin mesra dan meragukan lalu dia berpindah ke rumah sewa yang terletak tidak jauh dari rumah ibunya.

Bagaimanapun, Rihanah marah dan tidak membenarkan Norma Risma tinggal di rumah sewa sebaliknya ibunya menyuruh dia dan suaminya tinggal bersamanya.

``Namun, saya tidak menghiraukan larangan ibu kerana saya berpindah ke rumah lain untuk menyelamatkan rumah tangga kami. Saya sudah duga ibu saya berselingkuh dengan suami saya ketika saya tiada di rumah kerana saya bekerja.


NORMA RISMA 


‘’Walaupun saya cuba menjauhkan diri daripada ibu dan tinggal di rumah sewa, ibu saya tetap datang ke rumah dengan alasan membawa makanan untuk kami.

‘’Sewaktu ibu saya ditangkap khalwat bersama RZ pada waktu siang, saya tiada di rumah berada di tempat kerja. Beberapa penduduk kampung yang sentiasa memerhatikan gerak geri mereka telah menyerbu rumah saya dan mendapati rumah saya berkunci.

‘’Perbuatan ibu dan RZ betul-betul memalukan keluarga kami kerana ketika mereka ditangkap, mereka berada dalam keadaan mengaibkan,’’ ujarnya.


Kredit foto: Dream.co.id 


Kejadian itu telah heboh dalam kalangan masyarakat kampung yang turut memalukan Norma Risma atas perbuatan seorang ibu kandung yang sanggup mengkianati rumah tangga anaknya sendir  akibat perangai syaitannya terus bersarang dalam dirinya tanpa memikirkan sebarang dosa.

Norma Risma tidak ada cara lain untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya yang  semakin berlarutan melainkan wanita itu mengambil jalan terbaik untuk berpisah dengan suaminya yang tersayang itu sejak lima tahun lepas di Mahkamah Agong Indonesia.

Bapa Norma Risma, dalam masa yang sama juga turut berbuat demikian dengan menceraikan Rihanah dan kini bekas isterinya tidak tinggal lagi di kampung itu dan telah menghilangkan diri entah di mana akibat malu di sisi masyarakat. 

RZ pula dikhabarkan mengalami gangguan jiwa dan hidupnya tertekan akibat pelbagai kecaman daripada masyarakat tentang perbuatannya bersama ibu mertuanya itu sehingga dia terpaksa berhenti dari pekerjaannya. - KitaReporters 


 

10
11
0
8
0
You will be interested