SIKAP kemanusiaan yang ditunjukkan oleh seorang warden penjara menonton kejohanan Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung ketika ini di Qatar bersama sekumpulan banduan dalam penjara telah menjadi tular dalam media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik media sosial yang bernama @gust14r, menunjukkan beliau yang sedang menonton perlawanan bola sepak itu menggunakan laptop berkongsi bersama banduan lain di tirai besi.
Lagi
“Pentingnya memanusiakan manusia,” ujarnya ringkas dalam laman aplikasi TikTok.
Rata-rata pengguna media sosial terharu dengan sikap penyayang warden penjara itu yang berbuat baik sesama insan meskipun status sebagai seorang banduan yang kini menghuni di penjara.
“Semoga mereka bila keluar dari penjara nanti akan berubah menjadi insan yang lebih baik,” kata @kelemba2.
“Sukan menyatukan kita semua,” jelas @eizlandanish.
“Saya hanya ingin menyatakan yang kamu memang terbaik bang,” tulis @Syfqmth. - KitaReporters