Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) terus komited dalam memperkasa komuniti nelayan
melalui pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif pembangunan sektor perikanan.
Terbaharu, bantuan itu diberikan di bawah Program Insentif/Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan (Touch Point) pada majlis yang berlangsung di Arena Terbuka Teluk Gedung, Pulau Pangkor, Perak.

Melalui
program ini, sebanyak RM450,000.00 telah disalurkan dalam bentuk pelbagai
peralatan dan kelengkapan kepada para nelayan yang memerlukan.
Antara
bantuan yang diberikan adalah seperti enjin sangkut 30 kuasa kuda kepada 16 orang
nelayan Pulau Pangkor, Manjung Selatan, Manjung Utara dan Hilir Perak.
Selain itu,
tong insulasi dan jaket keselamatan telah diberikan kepada 72 orang nelayan Pulau Pangkor,
Manjung Selatan, Manjung Utara dan Hilir Perak.
Tong petrol,
lampu suluh, lampu keselamatan, jaket keselamatan dan baju hujan juga disedaiak kepada 56
orang nelayan dari kawasan Pulau Pangkor, Manjung Selatan, Manjung Utara dan
Hilir Perak.
“Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan nelayan khususnya daripada kumpulan B40, di samping memperkukuh kecekapan serta produktiviti sektor perikanan di negeri ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian Dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun dalam kenyataan media pada 11 Disember 2025.

Sementara
itu pada majlis yang sama, Mohd Zolkafly turut
menyampaikan Kunci Penempatan Semula Nelayan (PSN) Pulau Pangkor Fasa
Ke-2 kepada 49 orang penerima.
Projek PSN
adalah salah satu gerak kerja Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian
Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui LKIM dalam usaha bagi memastikan
kemudahan asas bagi nelayan seperti rumah dapat dipenuhi serta memperbaiki
tahap sosioekonomi nelayan dan isi rumah di samping bertujuan untuk membangunkan
penempatan semula nelayan dengan prasarana asas yang selesa.
Di bawah
projek ini, sebanyak 139 unit kediaman PSN telah dibina di Teluk Baharu iaitu 90
unit telah diduduki pada 2019 dan 2022, manakala 49 unit akan diduduki pada
hari ini, 11 Disember 2025.
Manakala 39 unit kediaman PSN di Pasir Bogak pula kini digunakan sebagai rumah transit. Jumlah keseluruhan projek tersebut bernilai RM24.4 juta.

Pada majlis yang sama, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir turut menyampaikan Sijil Kursus Certificate of Competency Mate Domestic (COCMD) iaitu sijil kecekapan untuk jurumudi bot domestik di bawah Program Kampung Angkat Madani kepada Pengerusi Persatuan Rekreasi Pangkor, Mohd Rizal Saimi, dan replika cek kepada Pengarah Maritime Education Training Academy (META), Mohd Isnin Ismail @ Ibrahim Khan.
Kursus ini
diberi kepada pengusaha bot pelancong yang telah dikenal pasti di Pulau Pangkor
bagi tujuan mendapatkan lesen penuh pengendali bot pelancong dengan menggunakan
peruntukan di bawah program Kampung Angkat Madani KPT Tahun 2025 sebanyak RM300,000.00 melalui pelaksanaan Kursus COCMD.
Kursus ini melibatkan 102 orang peserta dan telah dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan.
Ia telah dilaksanakan bermula 22 September 2025 hingga 4 November 2025 di Kejora Garden Resort, Pulau Pangkor. - KitaReporters

Penerima Sijil Kursus Certificate of Competency Mate Domestic (COCMD) bergambar kenangan dengan Abdul Zambry (enam dari kiri).