Insan & Komuniti 07 Mar, 2024

Jom masak! Surau Nurudin D'Kayangan adakan aktiviti memasak bersama Cef Zam! Resepi dari Terengganu!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this


Peserta yang menyertai acara memasak bersama Chef Zam dan AJK Surau Nuruddin D'Kayangan di Seksyen 13, Shah Alam.


Surau bukan sahaja tempat beribadat, tetapi fungsinya sangat luas untuk memberi kesejahteraan kepada kariah, menjadi tempat ilmu dan dapat mengeratkan silaturahim sesama penduduk sekitar. 

Bagi mengimarahkan surau, AJK Surau Nuruddin D'Kayangan di Seksyen 13, Shah Alam telah mengadakan aktiviti memasak bersama cef terkenal Prof Dato Cef Zam pada 22 Februari 2024 yang lalu. 

Penyertaan hanya terbuka kepada 50 orang sahaja, kerana aktiviti memasak memerlukan ruang yang luas dan ketelitian dalam mengendalikan aktiviti memasak. Program bermula dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. 



Siap untuk diadili oleh juri dan pakar


Aktiviti ini turut dihadiri peserta dan keluarga mereka serta AJK Surau Nuruddin. 

Menurut seorang AJK Surau Nuruddin dan juga penyelaras program Jom Masak bersama Cef Zam, iaitu Roselina Bahaudin, sambutan aktiviti ini sangat menggalakkan. 

Dalam program ini semua peserta akan memasak tiga resepi dari negeri Trengganu iaitu nasi telur, Kerutuk Ayam dan Jelatah Timun. Masakan ini dikatakan masakan diraja kerabat Terengganu, 

Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan satu kumpulan ada 10 orang. 

Menurut Roselina lagi, semua peserta sangat bersemangat memasak dan mereka membuat masakan yang diajar oleh Cef Zam dengan bersungguh-sungguh dan penuh minat. 

"Aktiviti sebegini menjadi platform kariah mengenali sesama mereka di samping mempelajari ilmu memasak yang baharu yang dapat digunakan untuk memasak menu istimewa ini untuk keluarga masing-masing," kata Roselina lagi.


Kerjasama yang baik


Tunjuk ajar daripada pakar

Selain acara memasak tiga jenis masakan itu, Cef Zam juga menunjukkan cara membuat kek serta banyak berkongsi rahsia masakan yang menarik dan enak. 

Program ini meriah dengan keterujaan peserta memasak lauk-lauk berkenaan. 

Peserta dan AJK yang menyelaraskan aktiviti ini juga sangat berpuas hati dengan aktiviti yang diadakan ini. Malah ada peserta yang minta untuk aktivti ini diadakan lagi pada masa depan dengan penyertaan yang lebih ramai. - KitaReporters



Seronok dapat bekerjasama dengan rakan rakan.

16
14
0
9
0
You will be interested