Insan & Komuniti 10 Aug, 2022

Alahai kesian! Bayi 6 bulan meninggal dunia! Bapa bawa naik motosikal 500km! Nak tonton bola sepak!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MEMILIKI anak kecil pasti memerlukan perhatian lebih, keadaan yang masih belum kuat dan stabil memerlukan penjagaan dan tumpuan yang lebih terutama daripada kedua-dua orang tuanya sendiri.

Namun tidak semua melihat perkara sedemikian sebagai keperluan penting sehingga ada dalam kalangan ibu bapa terutama ibu bapa muda yang mengabaikan keselamatan bayi mereka.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bayi-bayi


Kisah sama berlaku kepada pasangan ibu bapa muda di  Jawa Tengah, Indonesia pada 3 Ogos 2022 lalu apabila yang tergamak membawa bayi berusia enam bulan menaiki motosikal sejauh 500 kilometer semata-mata mahu menonton perlawanan bola sepak.

Memetik portal coconut.co, bapa muda yang dikenali FJ itu mengakui menyesal dengan perbuatan bodoh yang dilakukannya sehingga meragut nyawa anak kesayangan  yang berusia enam bulan.

Katanya, dia bertindak menaiki motosikal kerana mahu menjimatkan kos perjalanan namun langsung tidak memikirkan keselamatan anak kecilnya itu.

FJ bersama isteri dan bayi perempuan dikatakan bertolak dari kampung halamannya di Tegal, Jawa Tengah kira-kira 5.38 petang, pada 31 Julai 2022 dan tiba ke Surabaya 7.15 pagi keesokannya.

Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah, bayi itu mula batuk dan berdepan kesukaran bernafas

Namun FJ hanya menganggap kejadian berkenaan sebagai perkara biasa tetapi sempat membawa anaknya ke klinik berhampiran.

Walaupun pasukan doktor di klinik memberikan rawatan terbaik namun bayi malang tersebut disahkan meninggal dunia.



Sementara itu, pakar pediatrik, Dr Kurniawan Satria Denta menasihatkan ibu bapa agar tidak membawa bayi mereka menaiki motosikal kerana bayi kecil tidak boleh terdedah dengan suhu yang terlampau sejuk.

Katanya keadaan berkenaan akan memberi risiko kepada bayi mengalami hipotermia yang akan mengalami masalah pernafasan selain berisiko untuk tidak sedarkan diri.

Susulan daripada kejadian itu, FJ  berharap agar kisah yang dikongsikan dapat dijadikan pengajaran untuk para ibu bapa.

Ini semua disebabkan kebodohan dan keegoan saya sendiri dan berharap hanya saya seorang sahaja yang bersikap sedemikian,” luah FJ yang menyesal perbuatannya. - KitaReporters


Kredit foto: Portal republika.co.id

11
21
1
16
0
You will be interested