Insan & Komuniti 10 Sep, 2023

Tolong kami! Bantu rakyat Maghribi! Perlu bantuan, sumbangan! MAPIM, i-Reach buka tabung kecemasan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Pada Jumaat, 8 September 2023, pada pukul 23:11 waktu tempatan, gempa bumi bermagnitud 6.8 melanda di kawasan pergunungan di Maghribi pada kedalaman 18.5 kilometer. 

Pusat gempa itu terletak kira-kira 72 kilometer (44.7 batu) di barat daya bandar pelancongan Marrakesh, sebuah bandar dengan populasi penduduk 840,000 orang. 

Kementerian Dalam Negeri Maghribi dalam satu kenyataan memaklumkan, kebanyakan mangsa maut di wilayah El-Haouz, Marrakesh, Tiznit, Casablanca, Quarzazate, Azilal, Chichaoua dan Taroudant. 

Selain itu, bencana alam itu disifatkan sebagai yang paling dasyat pernah berlaku di negara itu selama lebih enam dekad.

Laporan awal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan :

* lebih 300,000 penduduk telah terjejas 

* Sekurang-kurangnya 2,012 kematian direkodkan

* Lebih kurang 2,059 orang cedera



Sehubungan dengan itu, Tim Sukarelawan I-Reach Malaysia akan berusaha bersama Organisasi Rakan Kemanusiaan ( Humanitarian Field Partner) di Marrakesh untuk memasuki Ground Zero setelah diizin menghantar barangan bantuan oleh Pihak berkuasa Marrakesh. Kebiasaannya gempa susulan akan berlaku yang menyukarkan proses bantuan. 
Justeru itu, I-Reach Malaysia membuka tabung dana misi bantuan kecemasan dan mengalu-alukan kepada para dermawan bagi menghulurkan sumbangan berbentuk kewangan. 

Keutamaan bantuan akan diberikan kepada bayi, kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang kurang upaya (OKU). 

Antara keperluan terdesak diperlukan :

* Bantuan Air Bersih

* Bantuan Makanan Siap Dimakan

* Bantuan Khemah dan Selimut

* Bantuan Susu dan Lampin Pakai Buang Bayi/Dewasa

* Sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan ke akaun:

Maybank 553038585368
(I-Relief and Humanitarian Outreach)
Hubungi i-Reach Malaysia melalui talian berikut untuk sebarang pertanyaan: https: www.wasap.my/601113388409/TabungDanaBantuanKecemasanGempaMorocco


Sementara itu, Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berkata MAPIM mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Maghribi dalam gempa bumi yang dahsyat pada Jumaat, 8 Ogos 2023 itu.

"Kami turut bersedih dan berdoa kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang dan harta benda.  Semoga rakyat Maghribi tabah menghadapi musibah tersebut.
"Kami berharap semua bantuan akan dihulurkan kepada Maghribi untuk membantu mangsa.
"Kami menyeru rakyat Malaysia untuk menyumbang setakat yang mampu kepada Tabung Kemanusiaan Gempa Maghribi MAPIM untuk diserahkan kepada mangsa," katanya lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media

9
13
0
16
0
You will be interested