Insan & Komuniti 31 Oct, 2023

Syabas IKRAM Bandar Baru Bangi! Orang ramai serbu booth sempena Kempen Kesihatan Bangi Sejahtera!

@roslan ibrahim
Meminati penulisan sejak di bangku sekolah. Selepas STPM, menyambung pengajian dalam bidang komunikasi massa di UiTM. Menjalani latihan praktikal di Utusan Malaysia selama 6 bulan, Wartawan Mingguan Kota, Majalah Ibu, Berita Harian dan Harian Metro. Selepas berhenti dari HM, menyertai NGO, Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) dan IKRAM. Kini bersama KitaReporter sejak September 2023.

Share this


Booth Malaysian Robotic Club menarik minat kanak-kanak.


ADA yang mengambil timbangan berat badan, membuat pemeriksaan kesihatan, tekanan darah dan menjual minyak masak terpakai. Itulah kemeriahan pengunjung yang hadir sempena Kempen Bangi Sihat Sejahtera (KBSS).

Program anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Bandar Baru Bangi mendapat kerjasama Wellness Hub, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat; Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi; KRT Pangsapuri Jubli Perak; dan Mybangi2U.

Ia dirasmikan Yang Dipertua IKRAM Bandar Baru Bangi, Helmy Sakir. Turut hadir, AJK Surau Jubli Perak, Dr Iskandar Mat Sahri. 

Kempen itu diadakan di Surau Al-Ikhwan Jubli Perak, Bandar Baru Bangi, Selangor. Ia mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat terutama warga emas.


Orang ramai mendapat info mengenai analisis lemak dalam badan dan pengurusan diet yang betul daripada petugas Wellness Hub, Pejabat Kesihatan Hulu Langat.


Abdul Aziz Ismail


Pengarah KBSS, Abdul Aziz Ismail, berkata sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin dan dekat dengan komuniti, IKRAM Bandar Baru Bangi mahu meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan yang baik seperti pemeriksaan berkala dan amalan gaya hidup sihat.

Beliau berkata, selain membangunkan ekonomi, meningkat taraf hidup rakyat dan jati diri, negara juga memerlukan komuniti yang sihat bagi memastikan setiap perancangan kerajaan berjalan dengan lancar dan sempurna. 

"Melalui kempen seumpama ini, komuniti setempat berpeluang mendapat informasi mengenai kesihatan, perancangan kewangan dan khidmat nasihat daripada pakar dalam pelbagai bidang.

"Pengunjung memenuhi setiap booth yang disediakan dan sanggup beratur bagi memastikan mereka mendapat peluang melakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, timbangan berat badan, BMI dan khidmat nasihat," katanya.

Orang ramai memenuhi booth (reruai) Klinik Salam bagi mendapat peluang untuk screening kesihatan percuma.


Lebih membanggakan, katanya kebanyakan pengunjung adalah warga emas, sekali gus membuktikan mereka peka dengan kesihatan diri dan mahu maklumat terkini bagaimana untuk mengekalkan kecergasan tubuh. 

"Melalui kempen seumpama ini, komuniti setempat berpeluang mendapat informasi mengenai kesihatan, perancangan kewangan dan khidmat nasihat daripada pakar dalam pelbagai bidang.

"Pengunjung memenuhi setiap booth yang disediakan dan sanggup beratur bagi memastikan mereka mendapat peluang melakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, timbangan berat badan, BMI dan khidmat nasihat," kata Abdul Aziz.

Lebih membanggakan, katanya kebanyakan pengunjung adalah warga emas, sekaligus membuktikan mereka peka dengan kesihatan diri dan mahu maklumat terkini bagaimana untuk mengekalkan kecergasan tubuh.

Tabung derma untuk umat Islam di Palestin turut disediakan bagi memberi peluang pengunjung menderma.


Katanya, selepas pendaftaran jam 7 pagi, pengunjung terus mengambil bahagian dalam senamrobik bersama team Wellness Hub. Inilah masa terbaik untuk melonggarkan urat-urat yang tegang dan mengekalkan kesihatan diri.

"Selepas itu, pengunjung menerima cabaran 10,000 langkah yang dikelolakan oleh Wellness Hub bagi memastikan setiap pengunjung yang mengambil bahagian berpeluh dan sihat.

"Orang ramai turut mendapat perkongsian mengenai kesihatan daripada Pegawai Pendidikan Kesihatan dan Penyelaras Wellness Hub Bangi, Mohd Shukrimi Shamsudin," kata Abdul Aziz lagi.    

Petugas Wellness Hub memberi penerangan mengenai kaedah mengambil makanan mengikut sukatan yang betul, bukan mengikut nafsu.


Aktiviti lain yang diadakan sempena Kempen Bangi Sihat Sejahtera ialah "screening" kesihatan daripada Klinik Salam, Malaysian Robotic Club, pakej insurans kesihatan daripada Takaful dan kaunseling minda sihat.

Selain pemeriksaan kesihatan, antara booth (reruai) yang mendapat sambutan ialah pembelian minyak masak terpakai yang dilakukan oleh Gohijau by MyBangi2U. Harga pembelian ialah RM2.10 bagi setiap kilogram minyak masa terpakai.

"Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan sambutan komuniti setempat dan merancang mengadakan program seumpama ini lebih kerap di tempat lain di masa depan dengan fokus kepada grup yang lebih kecil," kata Abdul Aziz. - KitaReporters

Pembelian minyak masak terpakai antara booth yang mendapat sambutan pengunjung sempena Kempen Bangi Sihat Sejahtera.

18
13
0
9
0
You will be interested