Insan & Komuniti 23 Sep, 2022

Boleh edit gambar baby baring dekat saya? Permintaan wanita ini undang sebak! Tunggu anak 10 tahun!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


PERMINTAAN seorang wanita untuk disuntingkan gambar bayi atas ribanya setelah 10 tahun menunggu anak dalam sebuah halaman laman media sosial Facebook telah menjadi tular serta mengundang rasa sebak orang ramai.

Menerusi  hantaran yang dibuat oleh pengguna media sosial bernama @NourFi dalam laman grup Edit Apa Hari Ini?, beliau meminta sesiapa yang pakar dalam menyunting gambar bayi kepadanya setelah sekian lama menunggu zuriat bersama sekeping gambarnya. 

Boleh tolong editkan bayi comel tengah baring sebelah saya. Teringin nak ada anak. 10 tahun menanti tiada zuriat,” ujarnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kelahiran anak


Meninjau di ruangan komen, kelihatan permintaan wanita itu ditunaikan netizen dengan menyuntingkan gambarnya bersama bayi serta mendoakan beliau dikurniakan rezeki cahaya mata.

“Semoga dikurniakan cahaya mata. Marila sama-sama kita berdoa agar hajatnya dimakbulkan,” kata Muhd Jais.

“Semoga diperkenankan setiap doa- doanya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Ini sahaja yang saya mampu editkan, ikhlas dari saya,” jelas Naeimi Ramli.

“Nama akak apa, kalau tahu nama boleh la sebut nama akak dalam doa,” tulis Farah Najwa. - KitaReporters


11
9
0
8
0
You will be interested