Insan & Komuniti 24 Oct, 2022

PRU15: Poster calon bertanding! Pengundi diingat usah terpengaruh dengan poster dalam media sosial!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Nawi Mohammad ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung BesutMaju di Dewan Pusat Warga Emas, Besut, Terengganu.


PENGUNDI dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan penularan pelbagai versi poster yang didakwa sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di lapan kerusi Parlimen Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti. 

Ini kerana menjelang hari penamaan calon pada 5 November 2022, banyak poster yang  tular menerusi pelbagai media sosial menyebabkan berlaku kekeliruan kepada rakyat negeri ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pilihan raya

Sebahagian ahli Pertubuhan BesutMaju yang hadir mesyuarat


Menerusi poster yang sedang tersebar luar itu membabitkan lapan individu itu yang dikaitkan termasuklah Ketua UMNO Bahagian Besut,  Datuk Nawi Mohammad yang akan bertanding sebagai calon BN di Parlimen Besut. 

Nama lain yang ditularkan ialah Bazlan Abd Rahman (Setiu), Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus), Datuk Wan Hisham (Kuala Terengganu), Datuk Seri Abdul Rahman Bakar (Marang), Datuk Rozi Mamat (Hulu Terengganu), Datuk Din Adam (Dungun) dan Datuk Seri Ahmad Said (Kemaman).


Poster yang tular dalam media sosial mengaitkan calon Parlimen BN


Nawi berkata, pengundi akan mengetahui kedudukan sebenar calon BN menerusi pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh kepimpinan parti dalam tempoh terdekat iaitu sebelum hari penamaan calon pada 5 November 2022

“Ini (poster) saja viral, bukan rasmi tapi mungkin dari mana-mana. Kita orang politik tengok ia sebagai perkara biasa ketika musim PRU,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan BesutMaju Kali ke-6/2022 di Pusat Aktiviti Warga Emas, di Besut pada Sabtu, 22 Oktober 2022.



Hadir sama ADUN Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof; Penaung BesutMaju, Datuk Mohamad Fasri Samsuddin; Pengerusi BesutMaju, Datuk Mohd Nawawi Ismail; dan Naib Pengerusi BesutMaju yang juga Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Menurut Nawi, UMNO Bahagian Besut menghantar lima calon yang akan bertanding bagi mempertahankan Parlimen Besut dan beliau menyerahkan keputusan pemilihan calon kepada pucuk pimpinan parti.



Nawi berkata, ada juga poster yang tular mengaitkan nama beliau yang akan menjadi calon BN di Parlimen Besut menggantikan Pengerusi FELDA Tan Sri Idris Jusoh yang juga penyandang kerusi berkenaan

“Saya ingin menjelaskan nama Idris adalah tersenarai untuk mengekalkan kerusi berkenaan dan terpulanglah kepada pucuk pimpinan parti menentukan siapa calon BN di Parlimen Besut,” katanya. - KitaReporters


10
10
2
15
0
You will be interested