Insan & Komuniti 18 Jul, 2024

Video| Selamat Bercerai! Siap ada Perayaan Perceraian sekali! Meriah, gembira macam majlis kahwin!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Kebiasaannya acara perkahwinan yang dirai semeriah mungkin berdasarkan kemampuan. Namun pernahkah anda dengar perceraian diumum dan dirai secara meriah?

Perkara tidak biasa ini berlaku di Kediri, daerah Pringsewu, Lampung, Sumatera Selatan pada 14 Julai 2024 lalu.


Cerita berserta gambar dan video majlis meraikan perceraian ini tular setelah dimuat naik akaun TikTok @matirassaaa, kemudian dipetik beberapa laman sosial dan sejumlah media cetak serta elektronik di Indonesia.

Seorang lelaki bernama Rian Maulana membuat kad undangan yang dihantar secara tangan, pos dan laman sosial.

Dalam kad undangan itu dicatat "Divorce Celebration (Perayaan Perceraian). Kami yang berbahagia, keluarga besar Bapak Mujio dan Ibu Kusmini."


Sementara itu di satu kawasan lapang disediakan khemah mahal yang terdapat sejumlah meja dan kerusi yang dihias seperti majlis kahwin dengan sejumlah sajian enak.

Sebuah pentas disediakan untuk persembahan acara hiburan dengan terdapat penyanyi dan kumpulan muzik. Para tetamu juga boleh menari atas pentas.


Majlis diadakan dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Di tepi padang majlis terdapat sejumlah karangan bunga yang mencatat ucapan tahniah. Antara ucapannya ialah "Selamat Bercerai". 

Tidak dinyatakan lebih lanjut mengenai lelaki ini dan mengapa dia berpisah. Namun cara majlis itu diadakan dapat dijangka Rian daripada golongan berada di Lampung.

Video, foto dan video yang dimuat naik TikTok @matirassaaa telah ditonton lebih 2.7 juta kali. - KitaReporters

14
16
0
15
0
You will be interested