Insan & Komuniti 17 Feb, 2023

Alamak! Gunting tertinggal di dalam perut ahli politik! Terpaksa jalani pembedahan segera keluarkan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


CUAI…mungkin itu sahaja yang sesuai dikatakan kepada pasukan doktor di Brazil yang tertinggal sebilah gunting di dalam usus seorang pesakit.

Memetik laporan expateguideturkey.com, kejadian malang itu berlaku pada 20 Januari 2023 lalu ke atas seorang  ahli politik, Cleyton Jose Zanatta yang mengakui tidak selesa selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital tempatan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pembedahan


Terdahulu, Zanatta melakukan pembedahan mengeluarkan tumor daripada ususnya oleh pasukan doktor bedah di hospital tempatan di Brazil.

Namun selepas enam hari pembedahan Zanatta yang merupakan ahli politik Parti Demokrasi Sosial Brazil semakin sakit sehingga tidak mampu melelapkan mata.



Zanatta kemudian bergegas ke hospital dan mengadu dengan keadaan yang tidak selesa.

Namun alangkah terkejut, hasil imbasan yang dilakukan mendapati sebilah gunting tertinggal di dalam ususnya ketika luka pembedahannya dijahit.



Pasukan doktor kemudian terus melakukan pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan gunting berkenaan.

Syukur selepas beberapa jam menjalani pembedahan, ahli politik muda itu kembali sedar dan keadaan kesihatannya kini semakin stabil. - KitaReporters


17
12
0
16
0
You will be interested