Kisah Insan 26 Apr, 2021

Kapal selam KRI Nanggala 402 sah tenggelam! 53 anak kapal gugur! Takziah kepada keluarga mangsa

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this

Semua anak kapal selam KRI Nanggala yang berjumlah 53 orang diumumkan terkorban. - Kredit foto: tekno.tempo.co


BERAT untuk diterima namun begitulah takdirnya. Panglima TNI, Marsekal (Marsyal) Hadi Tjahjanto mengumumkan seluruh awak kapal (anak kapal) selam KRI (Kapal Republik Indonesia) Nanggala 402 yang hilang sejak Rabu, 21 April 2021 lalu di perairan laut utara Bali telah terkorban apabila kapal itu tenggelam di kedalaman yang tekanan airnya bukan pada tahap biasa


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan TNI


Kredit foto: Agensi EPA


“Oleh itu dengan kesedihan yang mendalam selaku Panglima TNI, saya nyatakan 53 personnel yang berada di dalam KRI Nanggala 402 telah gugur, saat menjalankan tugas di perairan utara Bali

“Atas nama seluruh keluarga besar TNI selaku Panglima TNI, saya sampaikan dukacita yang mendalam kepada keluarga perajurit yang gugur. 

"Semoga Tuhan Yang Maha Besar memberikan keikhlasan, kesabaran dan ketabahan,” ujarnya dalam satu sidang akhbar pada Ahad, 25 April 2021.



Menurutnya lagi, pengesahan berkenaan tragedi itu dibuat berdasarkan bukti autentik (sahih) yang ditemukan.

Dalam laporan perkembangan pencarian para anak kapal KRI Nanggala 402 dalam sidang akhbar pada 25 April 2021 itu, beliau menambah, berdasarkan data visual imej bawah air, telah ditemukan bahagian-bahagian daripada KRI Nanggala 402 iaitu kemudi serta kipas belakang kapal selam, sauh serta bahagian luar badan tekan, kemudi selang timbul, dan bahagian lain kapal termasuk baju keselamatan anak kapal. 

Dengan bukti itu, disahkan para awak KRI Nanggala 402 telah gugur dalam bertugas. Dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala 402 telah tenggelam dan seluruh awaknya telah gugur," ujarnya yang seterusnya menyampaikan belasungkawa terutama pada keluarga para awak kapal selam KRI Nanggala 402.  

"Atas nama prajurit dan keluarga besar TNI saya sampaikan rasa dukacita yang sedalam-dalamnya kepada seluruh keluarga perajurit yang gugur," kata Hadi. 


Kredit foto: kompas.com


Sementara itu, Kepala Staf Angkatan Laut (KSAL) TNI, Laksamana Yudo Margono menyatakan keadaan kapal selam KRI Nanggala-402 telah terbelah menjadi tiga bahagian. Terdapat bahagian yang terlepas dari badan utama kapal.

Menurut Yudo, informasi terbelahnya kapal didapatkan berdasarkan pantauan kapal KRI Rigel. 

Seperti diketahui, KRI Nanggala 402 hilang hubungan komunikasi pada awal pagi Rabu,  21 April 2021. Pencarian lantas dilakukan  sampai akhirnya KRI Nanggala 402 dinyatakan tenggelam pada Sabtu, 24 April 2021.

Yudo menjelaskan, kapal selam Nanggala 402 mengalami keretakan besar kerana tekanan di kedalaman ratusan meter berdasarkan peralatan yang ditemui. Kapal selam KRI Nanggala 402 dikesan terakhir berada di kedalaman 850 meter.

“Memang boleh berlaku tekanan pada tahap kedalaman 700-800 meter, yang boleh menyebabkan keretakan terhadap kapal selam itu,” katanya.


Kredit foto: TribunNews


Dengan itu juga, pihaknya meyakini bahwa KRI Nanggala tidak mengalami blackout (kegagalan fungsi elektrik) atau terbakar seperti disyaki sebelumnya. 

Hal itu berdasarkan visual terakhir dari pasukan penjejak Komando Pasukan Katak/Juruselam (Kopaska) yang melihat lampu kapal menyala saat masuk ke dalam air.

Kehilangan KRI Nanggala-402 dikesan ketika kapal itu sepatutnya meminta kelulusan penembakan, tetapi saat dipanggil, tidak ada jawaban. 

Menurut Yudo, sejak jam 3.46 pagi hari itu (21 April 2021), KRI Nanggala sama sekali tidak memberi respons. Ketika itu dilaporkan kapal selam itu dapat bertahan sehingga 72 jam yang bererti para anak kapal (kru) dapat bertahan hingga Sabtu, 24 April 2021).


Anak-anak kapal KRI Nanggala 402 menulaikan solat di atas kapal selam. - Kredit foto: jabar.inews.id


Dalam pada itu, menurut Schmidt Ocean Institute, di kedalaman 850 meter, air laut bukan dalam keadaan biasa. 

Pada keadaan itu, laut benar-benar gelap atau hitam. Cahaya mungkin hanya nampak daripada bakteri dan haiwan yang menghasilkan cahaya. 

Tekanan hidrostatis air meningkat sebanyak 1atm (Standard Atmosphere) setiap kedalaman 10 meter. Bermaksud, jika tekanan di udara adalah 1atm, tekanan di kedalaman 850 meter adalah 85atm dan manusia hanya boleh bertahan pada tekanan sekitar 3-4 atm sahaja.

Berenang di laut pada kedalaman 850 meter adalah hal yang tidak mungkin bagi manusia kerana rasanya seakan seperti dipijak 100 ekor gajah di kepala. - KitaReporters


Antara anak kapal KRI Nanggala 402 bergambar Banyuwangi, Jawa Timur sebelum keluar untuk latihan di perairan Bali, Indonesia. - Kredit foto: ayosemarang.com



Kapal selam KRI Nanggala 402. - Kredit foto: kompas.com

0
0
7
0
0
You will be interested

Dikebumikan sejak 17 tahun lalu! Mayat guru ngaji al-Quran masih sempurna, wangi seperti diawet!

Meskipun telah dikebumikan sejak 2004 namun mayat guru mengaji al-Quran Allahyarham Ustaz Muhya Rudia ditemukan di dalam kubur masih sempurna serta berbau wangi

Adnan Mohamad in Kisah Insan 6 days ago

Aneh tapi benar! Pernah bertanding sebagai wanita! Kini Aprilia bertunang dengan teman wanita!

Aprilio Perkasa Manganang bekas pemain bola tampar Indonesia yang bertanding sebagai wanita tetapi kemudian bertekad untuk jadi lelaki interseks selepas bersara
Zul Akmar Jamaludin in Kisah Insan 1 day ago

Video| Ular sawa berjaya ditangkap! Hasil laporan live Haziq Asyraf! Dah macam wartawan kau dik!

Muhammad Haziq Mohd Asyraf buat laporan live berkenaan seekor ular sawa dijumpainya di salah satu kawasan market di Bukit Selambau jadi tular dalam media sosial
Nur Syamila Kamarul Arefin in Kisah Insan 1 day ago

Video| Keluarga Malaysia: JPJ, polis santuni penghidap kanser cilik! Hadiah hari lahir terindah!

Anggota JPJ serta Polis Setiu bersama santuni Ahmad Shafir Fathurrahman Mohd Sobri, pengidap penyakit kanser saraf dan leukimia tahap 4, sempena hari lahirnya
Noor Hayati Mamat in Kisah Insan 3 days ago

Video| Allah sayang kita! Rezeki tak terduga! Ebit Lew hadiahkan rumah buat rider galas anak OKU!

Azimah Abdul Rahim, seorang ibu jadi penghantar makanan sambil galas anaknya yang cacat penglihatan (OKU buta) demi cari rezeki terima bantuan Ustaz Ebit Lew
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 3 days ago