MEMBERI penghormatan terakhir kepada jenazah yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang diwajibkan. Mempersenda jenazah dalam apa sekali bentuk kelakuan adalah dilarang; seumpama kita menghina pemergiannya walaupun jenazah itu bukan dalam kalangan keluarga kita sendiri. : KitaReporters
Masa usung jenazah pn nak main2..takde sivik pnye orang 😡 Lokasi luar negara - Kredit video: FB @O.oViralVideo.O
Lagi cerita-cerita berkaitan jenazah:
https://kitareporters.com/search?search=jenazah
Dalam islam sendiri, agama menyarankan agar berbanyak sedekahkan Al-Fatihah seberangkat menghantar jenazah ke permakamannya bagi melancarkan urusan pengkebumian.
Baru-baru ini, tertularnya satu video tidak bermoral lagi ditegah agama yang berlaku di negara jiran apabila saat jenazah diusung ke kubur terdapat jemaah yang mempersendakan rombongan dengan kelakuan-kelakuan yang tidak senonoh.
Kelakuan kurang sopan daripada seorang jemaah rombongan yang mengusung jenazah ke tanah kubur.
Aksi-aksi yang biadab seperti mengajuk percakapan dan lagak gaya akrobatik mencerminkan kita tidak menghormati si mati. Bayangkanlah jika terjadi pada keluarga kita tentulah ia menimbulkan perasaan sedih dan kurang senang jika tertularnya video tersebut di serata platform media sosial.
Video yang berdurasi 1:30 saat tu bagaimanapun dicemuh masyarakat tempatan apabila dikongsikan dalam berpuluh jenis kumpulan (group) dalam Facebook.
Apa yang lebih mengecewakan adalah perbuatan itu dilakukan oleh lelaki yang berumur (dewasa), sekali gus gagal menunjukkan perbuatan yang baik dan contoh pada anak muda.
Selain itu difahamkan juga jenazah yang diusung tersebut adalah jenazah beragama islam dan seterusnya memberi gambaran negatif dan tidak elok kepada penonton yang bukan beragama.
Rakaman yang mengaibkan si mati seperti ini boleh menimbulkan fitnah yang berpanjangan walaupun ia bermotifkan gurau senda semata-mata.
Netizen luar dan dalam kesal dengan apa berlaku
Kecaman-kecaman buas turut dihujani netizen yang tidak berpuas hati dan marah dengan aksi yang diibaratkan "bodoh" itu.
Negara yang serumpun adat, budaya dan kepercayaan hampir sama dengan negara ini pastinya memberikan respons yang kurang senang seluruh yang menyaksikannya tidak kira agama.
Cubit peha kiri, peha kanan juga terasa sakitnya.
"Kalau tak buat benda pelik-pelik bukan indonesia la jawabnya. Tak hairan pun. Bodoh punya Indonesia seorang ni, boleh buat lawak pula semasa iringi jenazah ke perkuburan, masyaAllah", respons netizen yang geram dengan aksi sebegitu.
Respons netizen yang marah dan tidak berpuas hati dengan perkara yang mempersendalan agama itu
Justerus itu rakaman dipertontonkan kepada khalayak ini seharusnya dijadikan ikhtibar dan tauladan bagi kita yang melihatnya. Ada sisi kelakuan yang boleh dibuat seloroh dan ada sisi yang sebaliknya.
Sedia kita maklum aksi-aksi sensitif sentimen agama dan adat ini jika salah diperlakukan sewajar bakal dilaknat tujuh keturunan, tujuh keturunan pun tidak habis.
Dan sebab itulah mengapa bala-bala yang diturunkan Allah sentiasa dan kerap; inilah jawapannya. Nauzubillah hi min zaliq! - KitaReporters