SEBUT sahaja Dato Seri Vida (DSV) pasti semua mengenali jutawan kosmetik itu, apa tidaknya, semua aktiviti harian sering dikongsikan bersama peminat dalam media sosial. Terbaharu, pemilik kedai emas DSV di Angsana Mall, Ipoh itu berkongsi perasaan teruja menerima hadiah beg tangan mewah jenama Dior daripada bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli. : KitaReporters
Walaupun memiliki koleksi beg tangan mewah sehingga memiliki ruang khas untuk menempatkan koleksi peribadinya namun wanita berani itu mengakui keterujaan kali ini sangat berbeza daripada sebelum ini.
Kongsinya, sebelum ini hanya memberi hadiah kepada orang namun kali ini sendiri menerima hadiah dan lebih mengujakan pemberian itu daripada kakitangannya sendiri.
“Selalu saya je bagi hadiah kat orang lain kali ini @ahmadiqbalzulkefli yang bagi sebab dia hargai jasa saya katanya, syukur dia mampu bagi cash RM30,000,” kongsinya dalam Instagram miliknya hari ini, Khamis 24 September 2020.
Keseronokan itu sehingga membuatkan wanita berusia 49 menitiskan
air mata keseronokan sambil disaksikan oleh dua anak kesayangannya, Cik B dan Kacak
serta beberapa kakitangan ketika berada di sebuah restoran.
Malah dalam video yang dimuat naik, DSV tidak
menyangka menerima kejutan daripada bekas kakitangan itu.
Malah dia yang sedang leka menikmati makanan di meja bersama anak-anak itu kelihatan terkejut selepas didatangi bekas kakitangannya yang terus menyerahkan hadiah yang diletakkan di dalam bungkusan cantik.
Sebaik sahaja hadiah bertukar tangan DSV terus menjerit keterujaan selepas mengetahui kotak berkenaan merupakan beg tangan yang diidiam sebelum ini.
DSV juga memberitahu dia telah melihat beg tangan itu ketika memasuki butik itu sebelum ini, namun menyimpan hasrat berkenaan.
"Sebelum ini, memang ada tengok beg tapi kini fokus saya hanya kepada emas dan tidak sangka hari ini saya menerima beg ini sebagai hadiah," luahnya lagi.
DSV bersama sebahagian produk keluaran syarikatnya. Foto kredit @datoserivida.
IQBAL pernah bekerja sebumbung dengan DSV sebelum melangkah ke dalam kerjaya yang dceburi hari ini.Foto kredit @ahmadiqbalzulkefli.
Sementara itu, Iqbal pula menyifatkan pemberian hadiah berkenaan sebagai menghargai jasa dan berbalas budi majikan yang banyak berjasa kepadanya. Malah wang yang digunakan untuk mebeli hadiah itu juga merupakan hasil titik peluhnya sendiri.
Beg yang diterima DSV merupakan edisi terhad dan hanya
dipasarkan di tiga buah negara sahaja termasuk Malaysia.
Wow beruntungnya.. dahla mahal edisi terhad pulak tu.
jangan sayang nak guna sudah ler...
Semoga dengan penerimaan hadiah istimewa itu membuatkan DSV lebih bersyukur dan tidak melupakan golongan yang kekurangan.
Tahniah Iqbal, inilah yang contoh terbaik orang muda hari ini kerana mengenang jasa dan tidak melupakan orang yang membawa dirinya ke dunia yang diceburi hari ini. - KitaReporters